Friday, 10 August 2012

ini cerita aku.....(part 1)

25 Januari 1984, jam 5.43 pagi, Hospital Daerah Tapah,Perak..yang aku tahu, sejak aku lahir, aku memang dah dijaga oleh ta, arwah tok n makcik2, selain ibu n ayah aku..apa yang berlaku sepanjang tempoh aku melalui fasa 'bayi' tu, aku xpasti sgt..tahu pun sket2 je, itu pun dari gambar2 lama yang ada..tapi sayang, gambar2 tu semua dah xde dlm simpanan aku..

9 Jun 1985, kami accident semasa dalam perjalanan nak ke hospital..kesan dari accident tu kaki ayah terseliuh, makcik aku cedera ringan, aku tercampak keluar dari van dan mengalami kecederaan kat kepala yang meninggalkan kesan sampai sekarang..ibu?menghembuskan nafasnya yang terakhir, bersama adik aku yang masih di dalam kandungan ibu..makcik aku bagitahu, ibu aku pergi dalam keadaan yang sangat tidak dijangkakan..kalau nak diikutkan, aku yang paling parah tapi aku masih lagi bernyawa dan bernafas hingga entri ini ditulis..ibu aku 'pergi' dalam keadaan seperti dia sedang tidur..cedera atau x, aku xpasti sebab makcik aku cuma cakap macam tu je....makcik aku cakap, adik aku masih hidup lagi waktu tu tapi bila sampai kat hospital , doktor xde..adik aku xdapat diselamatkan dan meninggal dalam kandungan ibu..Al-Fatihah untuk arwah ibu dan adik..

arwah tok pernah nak serahkan aku pada tok n opah sebelah arwah ibu aku tapi mereka tolak..makcik aku cerita, mereka pandang dan pegang aku pun xnak..niat arwah tok menyerahkan aku pada mereka sebagai 'ganti' atas kehilangan anak mereka..tapi niat arwah tok ditolak..dan aku terus dijaga oleh arwah tok, ta dan makcik2 aku..bila aku tahu cerita ni, aku xsimpan dendam pun pada mereka..mungkin mereka terlalu sedih dengan kehilangan anak mereka..tapi aku pun sedih juga..aku sempat rasa kasih sayang ibu setahun lebih je..aku pun xingat apa kenangan yang aku ada dengan arwah ibu............

sepanjang aku dalam jagaan mereka, aku dah diajar supaya x terlalu manja even aku ni cucu sulung..kalau aku ada buat salah, aku tetap kena pukul..buku tebal, penampar,cubitan..bukannya xpernah hinggap kat aku ni..nasib aku ni jenis beringat..sekali buat lain kali xkn buat lagi..mungkin sebab arwah tok tegas kot..maklum la, bekas askar la katakan..memang kena layan macam askar gak la..hahah..tapi aku bersyukur sebab dengan didikan tegas arwah tok tu la aku ni jadi minah independent..huhu..walaupun aku ni anak tunggal, tapi aku xmanja..aku dah diajar kalau nak sesuatu mesti usaha sendiri untuk dapatkan sesuatu tu..aku diajar untuk berdikari..aku sangat berterima kasih untuk itu pada arwah tok..sebab sampai sekarang, insya Allah mana pun aku pergi aku boleh bawa diri..

sepanjang melalui zaman kanak2 aku, banyak pahit manis yang aku lalui..tapi dalam banyak2 kenangan, ada 1 kenangan ni memang aku xkn lupa sampai mati..apa kenangan tu, biarlah jadi rahsia aku sendiri..terlalu pahit untuk aku kenang.. :( ada juga kenangan2 lain..xtahu nak cerita macam mana..cerita sedih, cerita gembira, cerita takut, macam2 cerita la..

beza umur aku dengan cu 5 tahun je..masa tu aku rasa cu tu abang aku sebab kami rapat sangat walaupun selalu gaduh n kena buli dengan dia..huhu..yela, budak2 lagi..mana nak tahu dia tu pakcik ke sape kn..heheh..cu ni suka buli..kalau main badminton dengan dia, dia selalu bagi kiri,kanan,kiri,kanan, bagi aku letih..bila smash, dia suka tuju kat mata atau badan aku..huhu..kalau nak g sekolah, kami selalu tunggu bas sama2..bila bas dia dah sampai, dia suka takut2kan aku kata ada hantu la, apa la..aku rasa macam nak nangis je..huhu..tapi bila bas aku sampai dulu, aku dengan riaknya say bye2 kt dia..hahah..bengang je dia..macam2 la kenangan dengan dia..sampai la bila dia dh sunat..terus kami jadi cam renggang..yela, mungkin dia rasa segan kot..dah besar kn?huhu..

masa tu aku darjah berapa xingat..ayah pernah kawen..cikgu jugak, sama macam arwah ibu..tapi perkahwinan tu xkekal lama..aku xsalahkan sape2..mungkin dah takdir jodoh mereka xpanjang..aku pernah la tinggal kejap dengan dorang..pernah jugak la jejakkan kaki ke perlis n main di bendang sawah kat sana..jumpa kawan2 baru, dapat pengalaman baru..seronok.. =) aku xingat macam mana mereka boleh bercerai n aku rasa aku xpatut tahu kot sebab itu hal orang tua..cuma yang aku tahu, bekas ibu tiri aku tu pernah hantar surat kat aku tapi surat tu xsampai kat tangan aku..arwah tok yang baca surat tu dan dia terus buang..aku xtau apa isi kandungan surat tu.. *angkat bahu*

masa pertengahan darjah 5, aku kena tukar sekolah..dari SK Sg Rokam berpindah ke SK Seri Ampang, atas arahan jabatan pendidikan..aku terpilih sebab aku di antara yang rumahnya dekat dengan sekolah tu..dapat kawan baru lagi sebab kat sekolah tu terdiri daripada murid2 sekolah lain..kira yang darjah 5 la 'senior' kat sana..darjah 6 xde..heheh..batch kami ni la first batch darjah 6 kat sekolah tu..

macam2 kenangan kat sekolah ni..aku memang aktif gila kat sekolah ni sebab kawan2 kat cni semuanya aktif belaka..macam2 aku masuk..tarian, teater, hoki, bola baling, bola jaring, rounders, kem itu, kem ini..sampai aku lupa nak buat IC..hahah..apa lagi, mengamuk la arwah tok sampai x dibenarkan keluar lagi..bayangkan la, masa tu dah terpilih untuk wakil sekolah dah untuk rounders..dengan kecewanya, terpaksa bagitahu cikgu kata xdapat join sebab arwah tok dah marah, selalu xde kt rumah..huhu..lewat 2 bulan buat IC.. *sengih* pastu, aktif balik..degil ni..heheh..terpilih lagi jadi wakil sekolah untuk hoki..hoyeahhh..dapat jadi naib johan peringkat daerah..bangga jap..heee..bangga2 jugak, tapi bila tengok ibu jari kanan bengkak n ada darah beku, macam nak nangis pun ada..huhu..puncanya, bila nak tahan bola hoki tu, bola tu melantun kena kat ibu jari..memang terus terduduk kat tengah padang tahan sakit..cikgu nampak, terus dia tarik keluar..nak nangis tapi cover..malu sebab ada team budak lelaki sekolah kat ctu..huhu..final game, aku nak main gak walaupun jari aku sakit..tapi aku kena tukar posisi..kesudahannya, hanya mampu jadi naib johan..tapi the best part is, kami sekolah baru n kami xde experience langsung main hoki..hebat x kami?heheh..team lelaki xingat lak, menang ke kalah..huhu..balik dari game tu, sorok je tangan takut ta nampak..tapi terkantoi gak masa nak makan..nasib baik xkena bebel..ngee..

kat sekolah ni jugak la aku mula aktif dengan tarian..dan aku salute dengan cikgu aku, Cikgu Zainure..sebab dia la guru kelas aku, dia la guru tarian aku, dia la guru hoki aku, dia jugak la guru rounders aku..hebat kan dia? *wink* dia la cikgu yang paling sempoi n sporting yang pernah aku kenal.. =) korang pernah x ada cikgu yang suka nak kenen2kan student dia?haaa..mesti xde kn?heee..cikgu ni suka nak kenen2kan student dia..bila dia tahu student ni suka kat orang tu, student tu suka kat orang ni, abes disakat dek cikgu Zainure ni..termasuk la aku pun kena sakat..huhu.. *mangsa keadaan* bila dah nak dekat2 trial upsr, aku n kawan2 dah kurang aktif..cikgu pun xbagi kami aktif sangat..cikgu banyak tumpukan pada pelajaran pulak..abes je upsr, aktif balik..heheh..tapi masa tu aktif dengan tarian jela sebab ada hari itu la, hari ini la..sukan2 dah xde..hari last sekolah, memang sedih gila sebab lepas tu akan berpisah dengan kawan2 n cikgu......

#tamat part 1#

No comments:

Post a Comment