form 1, aku sekolah kat SMK Seri Ampang..jmpa balik kawan2 lama n dapat jugak kawan baru..tapi xramai kawan baru pun sebab lebih selesa dengan kawan2 seangkatan dulu..heheh..masa kat sekolah ni, kami anti betul dengan sorang cikgu ni, nama dia cikgu Tarmizi..dia cikgu disiplin..tapi gatal nak mampos! *ayoo..kutuk cikgu..maafkan saya cikgu!* semua pun xsuka dia..budak2 lelaki pun bengang dengan dia..
tapi nasib la ketidaksukaan aku kat dia xlama sebab pertengahan tahun tu, aku pindah sekolah n masuk asrama kt SMK Raja Perempuan..lebih glamour RPS..atau nk lebih glamour Royal Princess School.. *wink2* ni sekolah semua perempuan ok..xde pelajar lelaki..janggal jap..huhu..kat sekolah ni, aku jadi xberapa aktif sebab kawan2 kat cni xramai yang aktif..aku main hoki balik tapi xlama..kejap je..olahraga ke, apa ke, sume xaktif dah..masa kat Seri Ampang dulu still aktif lagi sebab kawan2 lama ada lagi..kt RPS ni cuma aktif dengan tarian n bola baling je..bola jaring kadang2 je main..bola baling main takat kat sekolah je, wakil untuk rumah sukan n team bola baling..xpenah lepas untuk jadi wakil sekolah pun.. *sedehhhhh!* tarian selalu la..yela, macam ada apa2 event besar, mesti akan join..baik event besar luar sekolah atau pun dalam sekolah..kira dari form 1 sampai la form 4 kat sekolah tu, memang kalau ada apa2 event je kat sekolah, muka kami ni jela yang selalu atas stage..heheh..sampai cikgu n students lain muak agaknya asyik tengok muka kami..hahah..what to do??
kat hostel RPS ni famous dengan cerita orang minyak..xtau la nak kata tipu atau x tapi masa batch aku memang ada kejadian..tapi xdela sampai kejadian yang xelok..kejadiannya, nak jadi cerita, masa tengah kecoh2 pasal orang minyak ni, kami semua pakat nak gilir2 berjaga malam..tapi bila sampai masanya, semua orang jadi ngantuk..xde sape pun yang berjaga malam tu..huhu..macam kena pukau kami semua..dapat gak cerita dari member, dorang letak pintu loker yang dah tercabut kat pintu..konon2 kalau orang tu bukak pintu, pintu loker tu jatuh n dorang leh sedar..tapi hampeh!semua xsedar masa pintu tu jatuh..huhu..letak baldi la, apa la..hahah..tapi semua xjalan..ni cerita masa form 3..masa form 4..nak ditakdirkan, kecoh lagi pasal orang minyak ni..kebetulan katil aku betul2 sebelah pintu n dekat dengan tingkap..siap letak stick hoki sebelah katil ni..tido masing2 sume rapatkan katil n tido himpit2..entah cmne, aku terjaga..masa aku terjaga tu, aku terdengar macam pintu goyang sket..aku diam..kt tingkap atas kepala aku tu, btul2 ada lampu koridor..skali aku nampak ada bayang 'jatuh' atas aku..secara spontan aku terus gerak sket n bayang tu trus hilang, larikan diri kot..huhu..aku nak capai stick, mesti dia nampak..aku nak jerit pun, mesti dia dah lari nanti..aku cubit2 kawan kat sebelah aku..leh bantai tido mati.. (-.-") aduhhh...tu jela yang aku leh buat..pas bayang tu hilang, aku tunggu gak kot2 orang tu nak datang balik ke, apa ke kan..tapi xde..aku nak tido pun takut2..yela, takut xsedar kalau orang tu datang lagi..senior kepada senior aku cite macam2 pasal orang tu..kata orang tu ada ilmu kebal la, orang tu asal dari mana la, apa penah jadi dengan senior dorang dlu la..uii..serrrrammm nih!
selain dari cerita orang minyak ni, ada lagi cerita2 seram kat hostel tu..dari 1 generasi ke 1 generasi bercerita tentang kisah seram kat hostel tu..huhu..dengar cerita kata hostel tu hospital masa zaman jepun dulu..ada gak yang kata kem askar..xtau la..ada senior cerita, super senior pernah tengok 'askar' sedang berkawad kat tapak perhimpunan hostel kami..huhu..ada dengar bunyi rantai kena seret la..pasal 'lady green' la..nenek kebayan la..bila kira ahli dorm masa meeting, terlebih orang la..macam2 la..huhu..tapi kalau nak kata tipu tu, xla kot sebabnya mak lang aku pun penah stay kat hostel tu dulu..dia cerita masa dia kat dorm B1 (dorm aku masa aku form 1 ni.. (-.-")), dia pernah nampak ada orang bersilat2, terbang2 dalam dorm tu masa terjaga dari tido..ramai..huhu..haaa..baru aku teringat!ada 1 kejadian pelik masa aku kat dorm tu..member aku ni, kalau tido memang tido mati punya la..dorm ni satu2nya dorm yang ada katil double decker..dia katil atas..antara katil dia dengan katil sebelah tu ada macam dinding yang halang kat bahagian kepala dia..malam tu, dia tido kat katil dia..esoknya bangun tengok dia ada kat katil sebelah tu..jeng3x!! dia pun pelik macam mana dia boleh tido kat katil tu..........
ops!lupa lak..masa tahun 1998 ada 2 kenangan yang best..1, aku berpeluang pergi tengok perasmian sukan komanwel 98 kat KL..bangga siot!kt sekolah aku, hanya 2 orang saje yang terpilih tau untuk tengok perasmian tu.. *ohh..riaknya! ;p* aku pun xtau macam mana aku boleh terpilih..nak kata aku aktif sangat, xdela aktif mana pun..nak kata aku top student, lagi la jauh..huhu..mungkin rezeki aku.. *alhamdulillah* the best moment in my life gak la tu..heee..tapi dalam seronok2 tu, takut gak sebab masa tu kecoh kata masa mercun diletupkan, akan ada bom skali yang nak musnahkan stadium tu..perghh!!masa tu, dah berpeluk je dengan member..tawakal je masa mercun tu meletup2..bergegar2 seat aku..huhu..tapi alhamdulillah, xde pape pun yang berlaku..khabar angin je.. *pheww* 1 lagi kenangan, ayahku kawen lagi..ecehh..nyanyi lak..heheh..dapat la aku ibu tiri lagi..alhamdulillah, perkahwinan mereka masih kekal hingga kini walaupun macam2 dugaan yang melanda..semoga perkahwinan ayah kali ni akan berkekalan hingga akhir hayat kalian..amin..
tapi dalam tahun 1998 tu juga, ada cerita sedih..sepupu aku Azye Syafira meninggal dunia..dia tercekik biji asam jawa yang ada gula tu..sumpah aku terkejut masa makcik aku, wan ajah datang hostel n bagitahu arwah meninggal..kelam-kabut aku lari sana sini cari warden nak bagitahu aku nak balik..kebetulan masa tu cuti sekolah baru mula n aku xbalik sebab ada apa ntah masa tu..memang payah la nak jumpa warden..cari punya cari, nasib jumpa..pas dah settle, terus aku ikut makcik aku balik..nasib la hostel dengan umah makyang xjauh sangat..sampai je umah makyang aku, aku terus nampak jenazah arwah..sedihnya hanya Allah yang tahu..terus aku teringat lambaian arwah yang terakhir seminggu sebelum tu..masa tu arwah n family datang jenguk aku kat hostel..masa dorang nak balik tu, arwah lambai aku sampai ke luar pagar hostel..pandangan dia pun lain..aku terus macam, 'eh, kenapa lain macam ek?'..pastu aku terus xde fikir pape dah..rupa2nya, ini la tandanya arwah mahu pergi..kak iya, semoga kak iya tenang di sana....
1999, tahun PMR untuk aku..aku xdela letak harapan tinggi sangat sebab aku tahu kemampuan aku tahap mana kan..huhu..tapi alhamdulillah, aku xde yang fail..dapat la 3A, 3B, 2C..yang best tu kan..ujian lisan aku..hahah..bila tang ujian lisan BM, bacaan je A..yang lain semua B..bila lisan BI, semua A..hahahhahah..aku sendiri gelak bila tengok slip keputusan ujian lisan aku tu..mana xnya, masa lisan BM dapat soalan Geografi..memang kirim salam jela kan..dapat pulak dengan Pn. Zakiah, memang xdapat tolong apa2 la..gabra kot..huhu..tapi xkisah la, yang penting semua lulus..alhamdulillah.. =)
masa form 4, RPS dilanda musim demam chicken pox..dan aku turut jadi mangsa..adoiii laaa..mula aku xtau pun tu chicken pox..aku g mandi, pastu makan la makanan yang kawan aku dah amekkn kat dining..lauk ikan lak tu..pastu aku turun g public phone call ibu..public phone tau, bukan handphone..itu la bezanya budak2 dulu dengan sekarang..eh, menyimpang lak..hee..aku cerita la kat ibu macam ada biji2 air kat badan, apa semua kn..trus ibu aku jerit, jangan picit, jangan kena hujan, jangan makan kicap, jangan makan ikan, ayam, daging, telur..aku pun tanya la kenapa..ibu kata aku kena chicken pox..petang tu jugak ayah dengan ibu turun dari cameron bawak aku balik ke cameron..masa singgah kat tapah tu, memang dah xtahan gila gatal..duduk xsenang, baring xsenang..berkepak je..huhu..pas minum air kelapa lagi la..huhu..masa kat cameron, lega sket sebab sejuk..malam tu g hospital..MA tu kata demam aku tinggi n sepatutnya kena duduk kat wad..nak nangis aku rasa..huhu..aku cakap aku xnak tinggal kat wad..MA tu sengih je..dia kata xpe, dia bagi ubat je kat aku n suh rest kat rumah..balik je, ibu terus proses aku..sapu ubat gatal tu..pastu dia tumbuk daun apa ntah, lumur plak kt badan aku..dah macam incredible hulk versi perempuan aku rasa..hijau je..huhu..ibu bagi aku daun tu sket..dia kata kalau gatal, gosok2 dengan daun tu..memang kena kuarantin gila r..kena kurung dalam bilik..makan kena pantang..huhu..dalam seminggu, dah kecut dah semua biji2 tu..
pastu ayah terus tukarkan sekolah kat SMK Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands..dapat lagi kawan2 sekolah baru..nasib ada sepupu sekolah kat cni so ok la kn..cuma bila masuk sekolah cni, aku rasa lain sebab campur balik dengan pelajar lelaki..yela, aku kan dah terbiasa sekolah 1 jantina je kat RPS..huhu..cuma lagi sekali aku terkilan, aku xdapat join untuk wakil sekolah dalam tarian..kalau dapat, ke Sabah tuuuu.. *aisehhhh* kat sekolah baru ni pun aku aktif dengan tarian..tu pun sebab sepupu aku tu aktif gak kat sekolah ni..heheh..
tahun 2001..masa aku baru naik form 5, aku dapat berita sedih..tok aku meninggal..serius, aku sedih sangat2..masa tu cuti..ayah n ibu memang dah balik kampung tengok arwah tok..aku xikut sebab aku sekolah..aku tinggal dengan sepupu aku..aku ikut dorang masuk kebun..masa kat kebun tu, aku rasa macam xbest je..tambah pulak mata kiri aku asyik berkedip je..pastu hujan panas..mak sepupu aku ajak balik..sanmpai je kat umah, xsampai berapa minit rehat, telefon rumah bunyi..pastu mak sepupu aku panggil..masa dia cakap suruh aku sabar tu, aku xde fikir lain..aku fikir ayah ngn ibu je..xterfikir langsung orang lain..bila mak sepupu aku cakap tok aku yang meninggal, aku terus terkaku..setitik air mata pun xmengalir..aku terus siap2, aku turun balik kampung dengan dorang..sampai je depan pintu pagar rumah kampung, aku nampak Ta aku nangis depan pintu rumah..bila dia nampak aku, dia panggil aku bagitahu tok meninggal, masa tu la baru air mata aku menitik..bila aku tengok tubuh arwah tok terbujur kaku, aku rasa sebak sangat2..malam tu ramai yang datang bacakan surah yassin untuk jenazah..ada yang baca ayat2 Al-Quran..esok paginya, baru jenazah dimandikan..lepas kafan, sebelum jenazah dibawa ke masjid, mereka bagi peluang kepada ahli keluarga untuk 'ucapkan selamat tinggal'..tapi aku xsanggup nak buat pun sebab aku takut nanti air mata aku menitik dan terkena pada jenazah..aku hanya mampu lihat dan doakan untuk arwah dari jauh je.....tok, ida sayangkan tok..dan saat ini ida rindukan tok..walaupun tok garang, tapi tok dah ajar ida supaya ida jadi insan yang berdikari..damailah tok di sana..
masa kt sekolah ni aku rapat ngn sorang mamat ni..heheh..xperlu la kot cite pasal dia..cite sket2 je..nama dia Izzuan..tu je, sudah cukup, cukup sudah.. *eh?* aku sekolah kat cni sampai form 6..tapi masuk form 6 pun kejap je..pastu dapat offer masuk Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan..
#tamat part 2#
Friday, 10 August 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment