Thursday, 26 January 2012

hepi besday to me! ;p

10:45 am 0 Comments
alhamdulillah, semalam 25 Januari 2012 bersamaan 1 Rabiulawal 1433H genap la umur saya 28 tahun..huhu..pejam celik pejam celik, dah sampai umur sekarang ni..alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah utk menikmati hidup sebelum tiba masa nikmat itu ditarik semula yang semua pun tak tahu bilakah masanya..semoga dengan usia sekarang ni, saya akan bertambah matang, semakin kuat dan tabah menghadapi rintangan hidup, sukses dalam hidup dan kerjaya serta berbahagia disamping insan2 kesayangan saya.. =)

semalam dua kali sambut besday..mula2 di ccsc, sekali dengan kenduri doa selamat sempena genapnya setahun penubuhan ccsc chow kit..alhamdulillah, "selamat ulang tahun pertama ccsc chow kit".. =) masa potong kek diapit oleh 2 orang 'big boss' ~ En. Md Ghani EO Yayasan Salam dan En. Rahman Pengarah AADK WPKL..semoga aura mereka meresap pada saya..heheh..

sambutan kali kedua ni, surprise daripada muchuk saya, ^Mr.H^..pelik gak bila dia suh datang klkp pas abes kenduri kat ccsc sbb dia kata takde kawan nak balik..masa tu fikir, 'owh, mungkin nak g makan kat the ship kot' sebab sebelum saya keluar g kenduri tu dia ada cakap nak g makan kat sana..tambah pulak bila tengok dia update status dia kata nak makan chicken chop..pastu masa jalan nak balik tu, terus je jalan balik n dia pun takde cakap pape pasal nak makan kat the ship..saya pun diam jela..pastu dia tanya ibu ada masak ke tak..sembang2 sket, dah hantar budak balik, kami singgah 7E dulu beli ais krim n newspaper..dah sampai kat tingkat rumah, dia suh saya n saril abeskan dulu ais krim sebab takut nanti kimi nak pulak..hanafi takde beli ais krim so dia pun terpaksa la tunggu kami..heheh..dah abes makan, balik la umah..sampai depan umah, tengok gelap..dia tanya ibu mana..saya jawab la kata ada kt umah masa saya called n mungkin ibu dah keluar ikut ayah kot..buka je pintu umah, xdela expect apa2 pun..yang best tu, nak buka lampu dapur, terbuka lampu tandas..sempat lagi tu cakap, 'eh, salah buka lampu'..pastu jalan jela terus nak buka lampu hall..sampai kat hall, hampir menjerit sebab terkejut nampak cam ada kelibat orang dalam gelap..rupa2nya ayah, ibu n kimi..pastu apis, anuar, hisyam, ali, aziz, fandi, faizol n ursen keluar dari bilik bawa kek sambil nyanyi lagu hepi besday..huhu..macam nak nangis pun ada..terkejut pun ada..nasib takde heart attack..kalau ada, mahu pengsan agaknya..hahah..tq to ibu sebab masak bihun tomyam n bubur pulut hitam semalam..tq sgt2 pada semua.. =)

dah settle semua, ingat nak g minum air kelapa tapi takde rezeki sebab kelapa takde n kedai pun dah nak tutup..so patah balik ke umah..tengah2 jalan masa nak g kedai minum tu, ^Mr.H^ baru perasan dia tak bawa IC..hahah..cuak!bila ajak minum kedai lain pun dia tak nak sebab takut tak bawa IC..pastu saya saja nyakat, kata kalau polis minta IC, saya cakap saya tak kenal dia..hahah..dia sengih je..suka tengok bila dia sengih macam tu.. =)

terima kasih sangat2 pada semua..terima kasih atas doa2 anda semua..dan terima kasih kerana kurang yang bertanya bila nak kawen..heheh..doa2kan jela ye untuk saya..saya tak boleh nak bagi jawapan sebab saya sendiri pun tak tahu bila saya akan kawen sebab itu rahsia Allah..saya yakin Allah dah susun perancangan yang terbaik untuk saya..bila dah sampai masanya nanti, pasti akan dijemput.. =)

lagi sekali, alhamdulillah dan terima kasih pada semua..<3 TERIMA KASIH <3..

Wednesday, 11 January 2012

ehh..dh 2012 la!!

2:34 pm 0 Comments
heheh..saje wat gempak tjuk entri tu..lama gila xupdate blog..xkisah la,walaupun dh msuk 11 januari 2012 tp rasanya msih belum lmbt utk ucap selamat tahun baru 2012 pd semua..

tahun baru kali ni sambut kt umah je spt bese..cuma bezanya kali ni smbut kt melaka n atas katil sbb xbrp sihat mlm new year tu..huhu..kul 8 lbh dh tdo, pastu sedar2 masa tu dh pkul 12 tepat..heheh..sempat la jugak wish dlu happy new year pastu smbung blk tdo..hahah..

pastu ada yg xbest sket bila dpt berita yg chinta dh mati..sobs2..pastu blk dr melaka, dpt lg 1 berita sedih..kura2 mati seekor..huhu..

6, 7 & 8 januari ada kursus kemahiran asas dalam perkhidmatan menolong tahap 1..8hb ada sesi praktikal n test kt USIM..gelabah gak masa wat praktikal tu..tp alhamdulillah, berjaya gak dilalui..kursus ni best sbb kita diajar bagaimana utk menjadi seorang kaunselor profesional..insya Allah, jika ada rezeki smbung lg ke tahap seterusnya..rasa mcm nk amek smpi tahap t'tinggi lak dlm bidang ni..mana tau, leh jd kaunselor ke pasni..heheh..

Thursday, 22 December 2011

gudbye 2011, welcome 2012!

4:14 pm 0 Comments
wahh..tjuk entri xleh blah..hahah..lamanya xupdate blog..bz sket kebelakangan ni..meh kita story-mory the morning glory sket cite..mana yg ingt jela..huhu..

rasanya xde apa yg menarik kot sepanjang xupdate blog ni..cuma mcm2 hal yg menyedihkn jela kot.. =(

kimi masuk wad sbb dia disahkn kne tibi blk..dia kne msuk wad sbb doktor nk tgk keserasian dia dgn ubat baru yg dia akan mula amek..ubat yg dia amek sebelum ni dh xsesuai lg..seminggu lebih gak la dia msuk wad..ibu yg kne jaga dia kt wad..so sepanjang ibu xde, saya la yg amek alih tugas ibu kt umah; mengemas, membasuh, memasak (sket2)..heheh..

pastu ada cite sedih..yg tu xmo cite.. ='(

cite sedih lain, lala dh mati..uwaaaaaa!!!!!!! along kata pg tu lala ok je, mkn, main ngn yg lain2..bila ptg, tgk2 dh keras je..sedeyy!

arini, result PMR dh kuar..apis n anuar xdpt 8A tp xkisah la,asalkan xde fail..saya pun xde letak expectation tinggi2 sgt kt dorg sbb xnk dorg stress..apis dpt 1A, anuar dpt 3A..ok la tu.. =) happy for them..

tiba2 ada lak yg menyedihkn, merosakkn mood..ada yg xpuas hati bila saya update status saya kt FB..xkn la hal tu pun nk dijadikn isu?ermm..tp cite tu dilupakn kejap bila dpt berita gaji dh msuk..hahahahaha..=D

then, mood rosak blk..haihhh..entah la..yg ni malas nk cite.. =(

arini dh 22 Disember 2011..lg 9 hari je sebelum melangkah ke 2012..tahun 2012 ni xde azam sbb malas nk set azam dh..asik xjadi je..huhu..so, ikut jela rentak tahun 2012 ni cmne..cuma harap tahun 2012 ni lebih membahagiakan dan menggembirakan, diberi kesihatan yg lebih baik, dimurahkn rezeki serta sentiasa diberi kekuatan olehNya utk trus tabah menerima dugaan..amin!

Monday, 5 December 2011

hepi besday apis!

2:49 pm 0 Comments
arini 5 disember 2011 genap la umur apis 15 tahun..semoga apis berjaya dlm pelajaran, serta stp bidang yg apis ceburi dan disusuli dgn kejayaan di akhirat juga..semoga apis bahagia selalu dan dimurahkan rezeki..diharapkn dgn genapnya umur 15 tahun ni, apis akan terus matang dlm stp tindakan dan fikiran apis..mummy hrp, apis fikirkn pelajaran apis dlu..xyah cinta2 ni k..muda lg.. =) ramai lg org yg apis akn jmpa nnt..hepi besday apis..mummy luv u..

dr mana dpt info ttg metadon ni?

12:02 pm 0 Comments
mst ada yg tny, dr mana sy dpt info2 ttg metadon ni..7 maklumat penting tentang terapi gantian dengan metadon tu semuanya dari Cawangan AIDS / STD Kementerian Kesihatan Malaysia..keje sy b'kait dgn metadon jd tak salah rasanya utk berkongsi info ttg metadon ni..secara tak langsung, sy pun dpt tmbh ilmu sy sbb sy sendiri pun bru 'terjun' dlm bidang ni..hrp2 info ni dpt m'bantu mereka yg malu utk b'tny secara trus kpd pihak yg b'kaitan.. =)

cite pasal metadon lg..

11:50 am 0 Comments
Metadon dan Wanita

*wanita mungkin akan berhenti kitaran haidnya bila mereka mula mengambil metadon. terdapat banyak alasan lain kenapa kitaran haid menjadi tidak menentu :

-mengandung
-tekanan
-amalan pemakanan tidak sihat
-berat bertambah dan berkurang
-putus haid
-masalah kesihatan lain
-perubatan lain

Jika anda mengandung, jangan bimbang tentang metadon. ini kerana:

-perempuan mengandung yang menjalani rawatan metadon akan mengalami beberapa komplikasi sahaja semasa mengandung dan melahirkan anak berbanding dengan penagih tegar.

-kajian metadon telah dibuat secara meluas ke atas ibu mengandung.

-mengambil metadon semasa mengandung boleh mencegah keguguran dan tekanan.

-pengurangan dos metadon semasa trimester pertama dapat meningkatkan risiko keguguran.

-semasa mengandung, dos anda hendaklah bersesuaian bagi mengelak daripada ketagihan, tabiat dadah jalanan serta mengelak daripada penarikan diri dari rawatan metadon.

Bayi

-mengikut kajian yang dibuat, ramai bayi telah dilahirkan daripada ibu yang mengambil metadon.

-jangan sekali-kali cuba memberikan metadon kepada bayi anda. ianya boleh membawa maut!

Penyusuan Susu Ibu

-pengambilan metadon tidak memberi kesan dalam proses penyusuan susu ibu kepada bayi.

-bayi menyusu ibu akan menerima sedikit sahaja kuantiti metadon.

-sekiranya anda ragu-ragu, sila berbincang bersama doktor anda sebelum memutuskan sama ada hendak melakukan penyusuan ibu kepada bayi atau tidak.

Dapatkan nasihat jika perlu

*sebarang masalah anda boleh merujuk di hospital kerajaan, klinik kerajaan dan klinik swasta.

info metadon lg..

11:34 am 0 Comments
Perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh Klien

*memberi kerjasama terhadap program serta patuh pada peraturannya.

*bersedia menjalankan ujian air kencing apabila diminta.

*menghadiri rawatan ini di hospital/klinik setiap hari sehingga betul-betul stabil.

*menghadiri sesi kaunseling seperti yang dijadualkan.

*ikuti prosedur rawatan metadon supaya tidak terlebih dos. ikuti sukatan metadon mengikut jadual dan tempoh yang ditetapkan.

*dilarang memandu kenderaan, menunggang motosikal atau mengendalikan sebarang mesin setelah menerima dos sehingga diri anda betul-betul dalam keadaan stabil.

*bawa bersama rakan atau saudara terdekat semasa rawatan dijalankan. ini kerana mereka boleh memberi bantuan jika terdapat sebarang masalah.

*mengambil pelbagai jenis dadah yang terlarang boleh membahayakan diri anda.

*maklumkan kepada mana-mana doktor yang merawat anda sekiranya anda sedang menerima rawatan terapi gantian dengan metadon.

*klien yang menghidapi Hepatitis B dan C serta HIV positif, mereka hendaklah memaklumkan kepada doktor yang merawat. ini kerana metadon boleh mengganggu proses rawatan penyakit berkenaan.

*sekiranya klien gagal mendapatkan rawatan sebanyak 2 kali berturut-turut, program rawatan klien akan dinilai dan dijalankan semula bergantung kepada penilaian yang dibuat oleh doktor berkenaan.

*semasa berada di pusat rawatan klien harus berdisiplin dan mematuhi arahan hospital/klinik.

Metadon dan Undang-undang

*klien tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang sekiranya terbukti masih terlibat dalam penyalahgunaan dadah sepanjang tempoh rawatan.

*dilarang menjual, mengedar, membeli dan menghisap sebarang jenis dadah di pusat rawatan.

*metadon adalah untuk kegunaan sendiri sahaja, ia tidak boleh dijual.

*mana-mana klien yang ingin ke luar negara perlulah mengetahui terlebih dahulu undang-undang berkenaan dadah di negara yang ingin dituju untuk mengelak sebarang masalah yang timbul.