alhamdulillah, semalam 25 Januari 2012 bersamaan 1 Rabiulawal 1433H genap la umur saya 28 tahun..huhu..pejam celik pejam celik, dah sampai umur sekarang ni..alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah utk menikmati hidup sebelum tiba masa nikmat itu ditarik semula yang semua pun tak tahu bilakah masanya..semoga dengan usia sekarang ni, saya akan bertambah matang, semakin kuat dan tabah menghadapi rintangan hidup, sukses dalam hidup dan kerjaya serta berbahagia disamping insan2 kesayangan saya.. =)
semalam dua kali sambut besday..mula2 di ccsc, sekali dengan kenduri doa selamat sempena genapnya setahun penubuhan ccsc chow kit..alhamdulillah, "selamat ulang tahun pertama ccsc chow kit".. =) masa potong kek diapit oleh 2 orang 'big boss' ~ En. Md Ghani EO Yayasan Salam dan En. Rahman Pengarah AADK WPKL..semoga aura mereka meresap pada saya..heheh..
sambutan kali kedua ni, surprise daripada muchuk saya, ^Mr.H^..pelik gak bila dia suh datang klkp pas abes kenduri kat ccsc sbb dia kata takde kawan nak balik..masa tu fikir, 'owh, mungkin nak g makan kat the ship kot' sebab sebelum saya keluar g kenduri tu dia ada cakap nak g makan kat sana..tambah pulak bila tengok dia update status dia kata nak makan chicken chop..pastu masa jalan nak balik tu, terus je jalan balik n dia pun takde cakap pape pasal nak makan kat the ship..saya pun diam jela..pastu dia tanya ibu ada masak ke tak..sembang2 sket, dah hantar budak balik, kami singgah 7E dulu beli ais krim n newspaper..dah sampai kat tingkat rumah, dia suh saya n saril abeskan dulu ais krim sebab takut nanti kimi nak pulak..hanafi takde beli ais krim so dia pun terpaksa la tunggu kami..heheh..dah abes makan, balik la umah..sampai depan umah, tengok gelap..dia tanya ibu mana..saya jawab la kata ada kt umah masa saya called n mungkin ibu dah keluar ikut ayah kot..buka je pintu umah, xdela expect apa2 pun..yang best tu, nak buka lampu dapur, terbuka lampu tandas..sempat lagi tu cakap, 'eh, salah buka lampu'..pastu jalan jela terus nak buka lampu hall..sampai kat hall, hampir menjerit sebab terkejut nampak cam ada kelibat orang dalam gelap..rupa2nya ayah, ibu n kimi..pastu apis, anuar, hisyam, ali, aziz, fandi, faizol n ursen keluar dari bilik bawa kek sambil nyanyi lagu hepi besday..huhu..macam nak nangis pun ada..terkejut pun ada..nasib takde heart attack..kalau ada, mahu pengsan agaknya..hahah..tq to ibu sebab masak bihun tomyam n bubur pulut hitam semalam..tq sgt2 pada semua.. =)
dah settle semua, ingat nak g minum air kelapa tapi takde rezeki sebab kelapa takde n kedai pun dah nak tutup..so patah balik ke umah..tengah2 jalan masa nak g kedai minum tu, ^Mr.H^ baru perasan dia tak bawa IC..hahah..cuak!bila ajak minum kedai lain pun dia tak nak sebab takut tak bawa IC..pastu saya saja nyakat, kata kalau polis minta IC, saya cakap saya tak kenal dia..hahah..dia sengih je..suka tengok bila dia sengih macam tu.. =)
terima kasih sangat2 pada semua..terima kasih atas doa2 anda semua..dan terima kasih kerana kurang yang bertanya bila nak kawen..heheh..doa2kan jela ye untuk saya..saya tak boleh nak bagi jawapan sebab saya sendiri pun tak tahu bila saya akan kawen sebab itu rahsia Allah..saya yakin Allah dah susun perancangan yang terbaik untuk saya..bila dah sampai masanya nanti, pasti akan dijemput.. =)
lagi sekali, alhamdulillah dan terima kasih pada semua..<3 TERIMA KASIH <3..
Thursday, 26 January 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment