"Lorong the Musical" adalah sebuah projek teater muzikal oleh remaja KL Krash Pad dengan sokongan dana oleh TV3 melalui program Sejuta Impian.
Produksi teater ini 100% adalah dari anak-anak remaja Chow Kit dan dibantu oleh staff serta sukarelawan.
Teater ini berkisahkan kepada kisah yang terdapat di lorong-lorong yang sering dipandang jijik oleh masyarakat kononnya sebagai pusat maksiat dan pusat dadah, tetapi ada cerita tentang kasih sayang yang terselit di dalamnya yang sering masyarakat terlepas pandang.
Teater ini akan dipentaskan pada 29 - 31 Mei 2012 bertempat di The Actors Studio, Lot 10 pada jam 8 malam. Harga-harga tiket RM 30, RM 48 dan RM 58 sedang hangat dijual dan dengar khabar tiket hampir habis dijual. Tiket-tiket boleh dibeli terus di The Actors Studio.
Untuk maklumat lanjut, sila klik di http://www.facebook.com/lorongthemusical dan LIKE page tersebut atau follow di Twitter : @LorongMusikal atau #MuzikalLorong. Boleh juga klik link ini untuk melihat blog mereka http://lorongthemusical.blogspot.com/search?updated-max=2012-01-10T22%3A32%3A00-08%3A00&max-results=7
Mari beri sokongan kepada anak-anak Chow Kit dengan menonton teater ini. Semoga dengan pementasan ini dapat membuka minda masyarakat bahawa Chow Kit tidaklah sekotor atau sejijik mana kerana insan-insan di Chow Kit pun bukanlah semuanya buruk atau hina.
Wednesday, 23 May 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalam...akak terlibat ngan teater ni ker?anyway dh follow blog akak..nanti akak follow le blog ieyla jugak... http://ieylaenola.blogspot.com/
ReplyDeletewslm..akak xt'libat..cuma tlg promotekn aje..heheh..ok, nnt akak follow blk.. =)
Delete