salam..selamat petang..ermm..arini tetiba rasa macam nak share lak..benda baik,watpe nak sorok..sebenarnya lebih kepada mengharap semua mendoakan semoga jodoh kami panjang..tipu la kalau hati tak terusik bila tengok kawan2 dah kawen, dah ada anak..tapi saya yakin, Allah dah buat perancangan terbaik untuk 'kami'..dan dah tentunya kami tu adalah saya dan ^Mr.H^..kami dah kawan hampir 4 tahun..dan sepanjang hubungan kami, saya tak pernah tanya dia bila nak kawen sebab saya tak nak seperti mendesak dia..saya tak nak buat dia tension dengan soalan yang semacam ni..saya nak biar dia sendiri yang cakap tentang hal ni..bukan saya tak serius, saya serius dan saya memang harap sangat hubungan ni akan disudahi dengan ikatan perkahwinan yang sah..bukan saja saya tak nak desak dia tapi saya juga malu sebenarnya nak tanya pada dia..dah lumrah sifat perempuan macam tu..huhu..
tapi bila dia mula kata dia nak kawen, hati saya dah b'bunga2..walaupun dia tak direct trus pada saya tapi saya sangat happy..alhamdulillah..dia mula cakap tentang warna tema..dan dia dah letak target untuk kawen tahun ni..walaupun happy tapi dalam hati ada juga rasa debarannya..macam2 hal t'fikir ~ betul ke ni?, aku dah b'sedia ke ni?, mampu ke aku pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan insya Allah ibu kepada anak2 kami?..tp saya yakin, Allah akan sentiasa membantu saya dan dia untuk melengkapkan apa yang kurang pada kami..dan itu la tujuan perkahwinan ~ melengkapkan antara satu sama lain..apa yang kurang pada saya, dia la pelengkapnya dan begitu juga la sebaliknya..
^Mr.H^ ~ terima kasih kerana sudi menerima semua baik buruk serta kelebihan dan kekurangan saya..insya Allah, jika sudah sampai masa kita bersatu nanti, saya akan menjadi seorang isteri yang baik dan ibu yang penyayang pada anak2 kita kelak..semoga jodoh kita berkekalan..hingga ke syurga..insya Allah..saya sayang awak sgt2.. <3
Friday, 3 February 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment