entri kali ni pasal budak2 sekolah sekarang yang dok sibuk nak bercinta walhal sekolah pun xabes lg..duit belanja g sekolah pun mak bapak yang bagi lg..
rasa2nya penting ke nak bercinta masa sekolah ni?
hehe..alaa..saya dulu pun penah gak cinta2 masa sekolah tapi rasa tak de la serius sgt sbb saya fikir masa saya masih panjang (masa tu la..huhu..)..kalau ada jodoh,ada la..kalau tak de,apa saya leh kata..dah ketentuan Dia..
tapi rasanya kalau nak bandingkan dulu ngn sekarang punya budak2 bercinta,lain sgt2..
kalau dulu,cinta,cinta la tapi tak de la sampai ke tahap yang tak sepatutnya..tapi cinta budak2 sekarang ni menakutkan la..
ermm..memang la kalau boleh kita nak jodoh berkekalan dengan orang yang kita couple masa tu tapi masa tu rasanya cam lom cukup matang je n tak berapa seswai nak fikir pasal kawen kott..huhu..
tu 1 hal tak kisah sangat la kot..tapi kalau sampai berani buat hubungan seks, apa kes?bila dah termengandung,mula la gelabah..makanya, ramai la bayi2 yang tak bersalah ni dibuang merata-rata..bila jadi cam ni,selalunya perempuan yang selalu kena..opsss! ini bukan diskriminasi kaum ye? =)
tapi bila difikirkan, memang selalu macam tu pun..selalu lelaki akan lepas tetapi perempuan yang akan tanggung akibatnya..perempuan juga yang akan selalu dicemuh kerana tidak pandai menjaga diri..kemudian meleret sampai ke keluarga..dikatanya pula keluarga tidak pandai menjaga anak..ermm..kesudahannya, ada yang membunuh diri, lari dari rumah dan ada juga yang terus hanyut tanpa sokongan sesiapa..
ehh..dah terlari dari topik lak..huhu..masuk ke topik asal balik..rasanya tak perlu kot bercinta masa sekolah ni..memang ada yang kata bila bercinta masa sekolah ni leh bersaing sesama mereka dalam pelajaran..tapi kenapa nak bersaing berdua je?bersaing la dengan kawan2 yang lain juga..macam tu lagi best kot.. =)
ada juga kes sampai sanggup menipu orang tua mereka..kata nak keluar dengan kawan2 lelaki tetapi rupa2nya keluar dengan kawan2 perempuan juga..alasan,kalau bagitahu perkara sebenar mesti tak boleh..so kalau dah tahu tak boleh, kenapa nak keluar juga dengan mereka?ermm..memang sakit hati..
lagi,budak2 ni bila kita dah tak bagi bercinta,dorang akan kata ok tp dalam diam2 masih lagi berhubung..yang paling tak tahan tu, ganti nama dengan nama buah..aduyaii...macam2 hal budak2 sekarang ni..heheh..cerita ni pun pasal pengalaman ngan anak angkat yang berusia 15 tahun..konon2 nak sorok, tapi terkantoi la pulak..macam la dorang ni tak tahu yang "Daddy" dorang tu ramai spy.. ;p
bukan nak kongkong mereka tapi rasanya masa untuk mereka masih panjang...banyak tempat dan orang yang akan mereka pergi dan jumpa..tapi kalau berkekalan jodoh mereka dari sekolah hingga ke perkahwinan, alhamdulillah..kalau tidak, tak pe la, tak ada jodoh la tu..masih ada masa untuk mencari calon yang sesuai.. =)
Friday, 11 November 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment