Wednesday, 30 November 2011

dh lama xupdate!

1:07 pm 0 Comments
err..dh lama xupdate blog..hehe..biasa la tu, kalau cuti, blog pun cuti le dr dikemaskini..heheh..

apa nk cite ye sepanjang minggu yg x update?ermm..pasal sakit..sekarang ni mmg musim demam agaknya kn sbb cuaca yg xmenentu..sy seniri pun demam, baik, demam blk, pastu baik, smpi jd letih..huhu..sy sedapkn hati "xpela, Allah nk uji aku..sakit tu kn penghapus dosa2 kecil aku"..tp ada sekali tu mmg sy xleh tahan btul..pg sabtu tu bangun tdo je trus selsema..ingt dmam selsema biasa la..pastu g event kt DBP..mgkn sbb sejuk kot dlm dewan tu, pastu dgr lak speaker tu ckp kuat, lg la bingit..kepala masa tu, hanya Allah yg tahu cmne sakitnya..dgn selsema lg..blk je dr event tu, mmg xleh blah, kepala sakit gila2..smpi menangis dibuatnya sbb dh xtahan sakit sgt..huhu..mata pun jd sakit..pastu ibu bg mkn ubt, trus tdo..esk bgn still demam lg, kepala n mata pun skt lg..mmg xleh nk buat apa pun..tdo je..ptg tu dh xtahan sgt, ayah bw g klinik..isnin dmam lg..keje pun xlarat..g ke HKL lak sbb risau gak dh 3 hari dmam..g HKL, amek darah sume, alhamdulillah dmam je, xde pape..mgkn itu la kemuncak dmam sy sbb sblum ni klu dmam pun xdela seteruk dmam yg ini..

paling best tu, dlm dmam2 tu, bila tgk final bola Malaysia lawan Indonesia, rasa mcm semangat gila! hahaha..kejap2 update status FB sbb xpuas hati dgn pengadil n pemain2 Indonesia..tp alhamdulillah, kemenangan b'pihak juga kepada Malaysia..tahniah pasukan Harimau Muda..meremang bulu roma bila dengar mereka nyanyi lagu kebangsaan kita kt stadium tu walaupun ada penonton Indonesia yg buat xtau je bila dengar lagu tu b'kumandang..geram pun ada tp ttap puas hati sbb kita menang..yeayy!

pastu, Rabu lepas keje half day n CCSC ditutup smpi hari Sabtu sbb kami semua g Teluk Bahang untuk family day..dlm kul 2.30 ptg, kami gerak ke sana dgn 5 buah kereta..malam tu, kami mkn malam di CCSC Teluk Bahang..esk pg, kami jungle tracking dr Taman Negara ke Monkey Beach..sgt seronok sbb dh lama xbuat aktiviti ni..dr program ni, kami dpt memupuk semangat saling m'bantu dan bersatu antara staff dan ahli keluarga staff yg lain..mmg sgt seronok!pastu kami mandi2 jap kt Monkey Beach tu sblum blk ke chalet dgn menaiki bot..smpi je kt chalet, trus lunch..after lunch, aktiviti bebas..so, lepak bilik jela tgk tv..nk jln2, 'driver' tdo..huhu..mlm tu smpi la ke acara kemuncak, dinner + BBQ..jd emcee la pulak! belasah jela Labu! hahah..alhamdulillah, semuanya b'jln lancar..mlm tu ada karaoke, cabutan bertuah, permainan music chair, crazy train, penyampaian hadiah kpd staff serta hadiah penghargaan kpd bos n ketua bahagian pengurusan kes..selesai je majlis, sy, anak2 n abg mat g jln2 jap kt batu feringghi..dh pusing2, kami pun blk chalet..hari Jumaat, siap2 utk check out n trus ke CCSC Kg Selamat utk lunch kt sana..pastu kami pun gerak blk ke KL..hujan je sepanjang p'jalanan blk tu..dan alhamdulillah kami selamat smpi..

Sabtu , Ahad n Isnin msih lg b'cuti..mmg cuti sakan la..haha..Selasa keje blk n mood cuti tu msih ada lg smlm masa msuk keje..tp nsib la mood tu x t'bawa-bawa sgt..dpt la jugak siapkn keje..heheh..

ok la utk arini..nnt update lain.. =)

Thursday, 17 November 2011

Subject: Mencari Kerja Sambilan Di Rumah?

11:44 am 0 Comments
Hi,

Anda mungkin tak mahu kerja yang memerlukan anda mencari orang baru sebelum menerima komisen.

Kalau begitu, JDR mungkin pilihan tepat untuk anda.

Apa itu JDR?
JDR atau jobdirumah merupakan penyedia khidmat latihan asas dan sumber pekerjaan alternatif pada yang berminat. Perkhidmatan yang disediakan adalah panduan dalam bentuk penerangan bertulis dan video tutorial tentang bagaimana, cara apa, dan di mana hendak mencari kerja di rumah dari sumber - sumber yang betul.

Untuk kemudahan ahli, JDR akan menolong mencari kekosongan baru dan dihantar terus ke email setiap pagi secara percuma. Jika ada kerja yang ahli fikirkan sesuai dgn kemahiran, ahli boleh buat permohonan kepada majikan.

Kerja Apa Yang Ada?
- Data Entry
- Menaip Dokumen
- Mengumpul Maklumat
- Menulis Artikal
- Menulis Laporan
- Khidmat Pelangan
- Pembantu Maya
- Tugas Perkeranian
- dan lain - lain...

Boleh Percaya ke?
Baca maklumat lanjut di laman dibawah untuk mengetahui sendiri sama ada betul atau scam:
==> http://partner.jobdirumah.com/jdr.php?uid=irdaaziz_1_eaid_2

Tuesday, 15 November 2011

dh ok.. =)

11:27 am 0 Comments
orait..ari ni dh leh buat dh navbar tu..dh lama kot xbljr coding2 ni..pening gak cmne nk wat..rupa2nya ada kt add widget tu je..huhu..xpela..refresh blk..tu pun xtau apa lg nk letak kt linkbar tu..letak yg tu jela dlu..nnt teringat nk letak apa, akan diupdate kemudian.. =)

cuma yg jd kerunsingan bila linkbar yg asal tu dh xde..agak leceh sket kt ctu..cmne nk wat ye?ada sape2 tau cmne nk buat / coding dia x?huhu..

Monday, 14 November 2011

aduhhh!!

5:29 pm 0 Comments
aduyaii..gatal tgn tukar template, kn dh nyusahkan diri seniri..huhu..mana la hilang nav follow, share, report abuse n next blog tu?bila nk g dashboard pun dh susah..huhu..nnt nk tukar blk template..sowi ye pd yang dh disusahkn..huhu..ampun!

ni tukar template yg ni dlu sbb yg ni ada nav home tu..sok bru tukar yg lain..huhu..

Friday, 11 November 2011

perlu ke bercinta masa sekolah?

4:16 pm 0 Comments
entri kali ni pasal budak2 sekolah sekarang yang dok sibuk nak bercinta walhal sekolah pun xabes lg..duit belanja g sekolah pun mak bapak yang bagi lg..

rasa2nya penting ke nak bercinta masa sekolah ni?

hehe..alaa..saya dulu pun penah gak cinta2 masa sekolah tapi rasa tak de la serius sgt sbb saya fikir masa saya masih panjang (masa tu la..huhu..)..kalau ada jodoh,ada la..kalau tak de,apa saya leh kata..dah ketentuan Dia..

tapi rasanya kalau nak bandingkan dulu ngn sekarang punya budak2 bercinta,lain sgt2..
kalau dulu,cinta,cinta la tapi tak de la sampai ke tahap yang tak sepatutnya..tapi cinta budak2 sekarang ni menakutkan la..

ermm..memang la kalau boleh kita nak jodoh berkekalan dengan orang yang kita couple masa tu tapi masa tu rasanya cam lom cukup matang je n tak berapa seswai nak fikir pasal kawen kott..huhu..

tu 1 hal tak kisah sangat la kot..tapi kalau sampai berani buat hubungan seks, apa kes?bila dah termengandung,mula la gelabah..makanya, ramai la bayi2 yang tak bersalah ni dibuang merata-rata..bila jadi cam ni,selalunya perempuan yang selalu kena..opsss! ini bukan diskriminasi kaum ye? =)

tapi bila difikirkan, memang selalu macam tu pun..selalu lelaki akan lepas tetapi perempuan yang akan tanggung akibatnya..perempuan juga yang akan selalu dicemuh kerana tidak pandai menjaga diri..kemudian meleret sampai ke keluarga..dikatanya pula keluarga tidak pandai menjaga anak..ermm..kesudahannya, ada yang membunuh diri, lari dari rumah dan ada juga yang terus hanyut tanpa sokongan sesiapa..

ehh..dah terlari dari topik lak..huhu..masuk ke topik asal balik..rasanya tak perlu kot bercinta masa sekolah ni..memang ada yang kata bila bercinta masa sekolah ni leh bersaing sesama mereka dalam pelajaran..tapi kenapa nak bersaing berdua je?bersaing la dengan kawan2 yang lain juga..macam tu lagi best kot.. =)

ada juga kes sampai sanggup menipu orang tua mereka..kata nak keluar dengan kawan2 lelaki tetapi rupa2nya keluar dengan kawan2 perempuan juga..alasan,kalau bagitahu perkara sebenar mesti tak boleh..so kalau dah tahu tak boleh, kenapa nak keluar juga dengan mereka?ermm..memang sakit hati..

lagi,budak2 ni bila kita dah tak bagi bercinta,dorang akan kata ok tp dalam diam2 masih lagi berhubung..yang paling tak tahan tu, ganti nama dengan nama buah..aduyaii...macam2 hal budak2 sekarang ni..heheh..cerita ni pun pasal pengalaman ngan anak angkat yang berusia 15 tahun..konon2 nak sorok, tapi terkantoi la pulak..macam la dorang ni tak tahu yang "Daddy" dorang tu ramai spy.. ;p

bukan nak kongkong mereka tapi rasanya masa untuk mereka masih panjang...banyak tempat dan orang yang akan mereka pergi dan jumpa..tapi kalau berkekalan jodoh mereka dari sekolah hingga ke perkahwinan, alhamdulillah..kalau tidak, tak pe la, tak ada jodoh la tu..masih ada masa untuk mencari calon yang sesuai.. =)

tunjuk ajar ku sifu!

12:32 pm 0 Comments
ermm..bila tgk blog org lain cm best jek..cantik jek..kne tuntut ilmu lg ni..haha..wahai blogger sekalian,sila beri tunjuk ajar kpd sy yg bru nk b'jinak2 dgn blog ni ye! mekaseh.. =D sila la komen bgth cmne nk bg lg menarik blog sy ni..apa yg ptut sy buat or tmbh..cmne nk wat cm tu..cmne nk wat cmni..heheh..

my luv

11:39 am 0 Comments
 jeng3..ini la ^Mr.H^ a.k.a B a.k.a Daddy..jgn slh faham lak..ni bkn gmbr tunang or kawen kami..ni masa majlis perasmian Yayasan Chow Kit kt Dewan Kelab Sultan Sulaiman..insya Allah, bila sampai masanya nnt, ada la gmbr majlis kami lak..doakan kami ye.. =)

my family..

11:33 am 0 Comments
my family..tgk le kimi tu..slalu wat hal mcm tu..huhu..tahun 2010 ni tema purple..tahun 2011 hitam..tahun 2012 apa la pulak agaknya..heheh..ini baru gmbr family raja aziz jaffar..belum keseluruhan family raja abd. latiff lg..

ini tahun 2011..ibu xde sbb ibu keje.. =(

 yg ini semua adik beradik ayah..10 orang semuanya..7 lelaki,3 perempuan.. =)
 yg bju pink tu nenda sy, Noriah @ Saba Bt Hashim..

dr baju hitam : Raja Aziz Jaffar (ayah), Raja Azizan Suhaimi (ayah ngah), Raja Norasmah (makyang), Raja Ezar Ishamudin (ayah lang), Raja Mohd Fouzy (pak uda), Raja Juma Azura (ayah andak), Raja Saiful Nizam (ayah chik), Raja Norziha (wan chi'a), Raja Norazah (wan ajah) dan Raja Mohd Aznul Ezam (ayah cu).

 ramai kn? =) tu pun xsemua ada lg ni..

 yg ni lak menantu2..

yg ni sebahagian dr cucu2 keluarga Raja Abd Latiff..cucu je dh 30++ org..sy yg sulung..huhu..

hafiz

10:36 am 0 Comments
budak jambu ni nama dia hafiz..abg kpd hakimi..skrg ni form 3..tgh tgu result pmr dia..hrp2 dpt la kptsn yg baik..smg dia akan trus sukses dlm hidup dan pelajaran dia.. =)

hakimi!

10:30 am 0 Comments
ini la dia budak sindrom down yg comel n nakal..hahah..skrg umur dia 8 tahun..sgt2 nakal..xleh duk diam..ada je benda yg dia nk buat..tp kdg2 selalu jd mangsa buli ngn "Daddy" bila dia nk main Galaxy Tab "Daddy"..sanggup buat apa saja asalkan dapat main..aduyaii..

Thursday, 10 November 2011

penyakit kelenjar tiroid..jom baca!

4:45 pm 0 Comments
Antara orang-orang yang berisiko menghadapi masalah penyakit kelenjar tiroid ialah:
  • Perempuan
  • Genetik
  • Mengidapi sakit pituitari atau endokrin yang lain
  • Usia lebih 60 tahun
  • Merokok
Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:
  • Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
  • Hipotiroidisme
Dalam kes hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
  • Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
  • Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan
Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:
  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Lemah
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.

Wednesday, 9 November 2011

arghh!!gemuknya saya!!!

12:21 pm 0 Comments
memang terasa sgt badan makin lama makin berisi..oh my!baju,seluar semua dh ketat..badan pun jadi cam cepat letih..aduhh!nk control makan,tp xleh..hahah..lg 1 sbb kurang exercise..itu le sebabnya leh jadi gemuk..pas makan,duduk je..nampaknya memang kne control makan pasni..kne disiplinkan diri dgn pemakanan yg bgus n sihat..hrp2 boleh ikut disiplin tu..huhu..chaiyok2!!

Tuesday, 8 November 2011

menangis tu terapi??

12:38 pm 0 Comments

Bilakah kali terakhir anda menangis? Menangis sentiasa dikaitkan dengan wanita dan sifat lemah seseorang. Saya pasti ramai yang menyangkanya begitu namun ini tidak benar sama sekali. Setelah membaca sebuah artikel, WanitaSihat mengetahui bahawa menangis adalah salah satu terapi dan boleh memberi kebaikan kepada tubuh. Mari kita sama-sama membaca 5 khasiat menangis dari sudut perubatan:

1. Menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan

Zat-zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan.

2. Meningkatkan kadar degupan jantung
Degupan jantung akan meningkat ketika menangis dan ia dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua0dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.

3. Menghalang penyakit
Universiti Temple dari Amerika Syarikat telah mengkaji 100 orang yang menghidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Mereka mendapat jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang menghidapi penyakit tersebut mengatakan bahawa menangis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka.

Manakala bagi mereka yang tidak menghidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.

4. Membebaskan racun dari badan
Arthur Frank seorang ilmuan Amerika berkata, “Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari dalam tubuh, maka menahan air mata bererti tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya perempuan lebih cenderung untuk berbanding kaum lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak racun dalam tubuh mereka melalui tangisan.”

Saintis-saintis dan pakar mata berpendapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikeluarkan daripada tubuh melalui tangisan. Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.

5. Air mata mengandungi 25% protein

Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protien dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada manusia ketika menangis.
 
Begitulah ceritanya tentang menangis. Jadi jika anda rasa nak menangis, jangan ditahan-tahan, biarkan ia berlaku kerana ia adalah satu terapi.
 
*tq pada penulis asal artikel ni..*

biasa2 aje..

12:01 pm 0 Comments
blog saya ni biasa2 aje..saja nk b'kongsi cerita..bkn la mcm blog org lain..blog yg penuh dgn ayat2 cinta..blog yg penuh dgn kata2 nasihat..blog yg mcm2 lah..apa yg rasa nak share, akan dikongsikan..kata "sharing is caring" kn.. =p

Warisan - Bersabarlah

11:45 am 0 Comments
Bersabarlah dan bertawakallah
Dalam kehidupan ini
Sesuatu yang terjadi itu
Tentu ada hikmahnya

Penderitaan yang engkau alami
Hanya suatu dugaan
Dan janganlah kau bersedih hati
Tuhan maha penyayang

Hatiku memahami derita yang kau alami
Diriku menyayangi oh dirimu
Linangan airmatamu
Hanya tuhan yang tahu
Peritnya kau tanggungi tak terkata
Sabarlah wahai insan
Yang sedang menderita
Janganlah putus asa

Kasih yang kau harapkan
Menanti dihadapan
Bahagia yang kau rindu
Terbuka di akhirat

Kuhulurkan tangan ini
Sebagai tanda kasih
Semoga kau menyedari
Niatku suci murni...

*sgt suka lagu ni..bila dgr lagu ni,trus tersedar masih ada harapan utk kita..jgn mudah putus asa!*

selamat kembali bekerja!

11:31 am 0 Comments
holla! ;p selamat kembali bekerja everybody!heheh..honestly,dlu klu cuti mst malas gila nk dtg keje esknya tp skrg ni kurang sket la simptom tu..huhu..mgkn suasana keje tu kot..tp tipu la kn klu lgsg xde simptom tu..ada tu ada la,tp dh kurang..ok la tu.. ;) smg kita semua dpt bekerja dgn senang hati n laksanakan tanggungjawab kita dgn seikhlas hati ye..peace!

Friday, 4 November 2011

enuf for today..

2:59 pm 0 Comments
cukup la kot takat ni je arini..ada masa nnt, update lg apa2 yg ptut..nk g soru dlu..prut dh kriuk2 mintak diisi..haihh..kejamnya tuan pny prut!huhu..owh..sebelum tu..Selamat Hari Raya Aidil Adha kpd semua umat Islam..semoga segala pengorbanan yg kita lakukan diredhai oleh Allah swt..yg blk kg, b'hati-hati memandu..jgn pecut2..biar lmbt asal selamat smpi..(p'ingatan utk diri seniri juge..heheh..)

baru belajar!

2:10 pm 0 Comments
t'kial2 jugak dibuatnya..huhu..xpela,mula2 mmg la mcm tu..hrp2 pasni semakin ok la..hehe..actually sebelum ni ada gak try buat blog tp pastu trus senyap jek sbb pening pale xtau cmne nk wat..kali ni hrp2 dpt kekalkn trus..sbb bila tgk org lain wat blog cm best jek..nk try gak la..huhu..smbil2 tu leh promote biz skali.. =)