Thursday, 27 August 2015

au cakkkk!

10:04 am 0 Comments
puhhh..puhhh..tiup habuk sikit..3 bulan xde hapdet pape..nk kata bz sgt, xdela bz mana pun..cuma ketandusan idea je nk mengarut apa..nk buat cerpen pun isi xdpt nk dikembangkan..badan tuan punya blog aje yg berkembang..huhu..

nanti la ye..cari idea lu nk karang apa..tunggu la lg sebulan dua..kuikuikui..

Thursday, 21 May 2015

Friday, 13 February 2015

Hadis Palsu??

9:38 am 0 Comments
Assalam..selamat pagi..theeheehee..

ok, entri kali ni pasal hadis palsu..smlm baru je sembang2 pasal diet Rasulullah..tetiba pg ni iols rasa mcm nk meng'goggle' blk hadis tu..ada mmg ada tp lebih byk mengatakan yg hadis tu sbnrnya palsu..owh my..dlu penah post pasal diet ni..rupanya ianya dusta!palsu!owhh..aku tertipu..sobs sobs..haihhh..hover pulak..jgn nk drama sgt ye..jd utk membetulkn semula, dgn ini sy mengumumkn diet itu tidak betul..


klu uols rasa "eh, ye ke?", "btul ke?", "jgn pandai2", tgk ni..


boleh jugak tgk kt sini : http://kongsakongsi.blogspot.com/2011/11/diet-rasulullah-saw.html

Friday, 23 January 2015

Dia Bukan Untukku

4:55 pm 0 Comments

"Hai Jib", tegur Nana. "Eh, hai korang", balas Najib sambil tersenyum. "Jib je korang tegur? Sampai hati korang kan, tak nak tegur aku. Sedih aku tau, merajuklah", celah Ezzat. "Wei, rileks la Jat. Tegur sorang-sorang la. Hai Jat", pujuk Nawal. "Sudahlah korang, aku dah merajuk baru nak tegur", rajuk Ezzat. "Jat, tak payahlah nak merajuk sangat. Buruk benar kau merajuk", kata Najib dan disambut dengan tawa yang lain.

"Hai Nori", sapa Najib sambil tersenyum dan disambut dengan senyuman dan anggukan kecil dari Nori. "Ehem, ehem..tiba-tiba tekak ni macam gatal pula", usik Nana bila melihat Najib dan Nori seperti malu-malu semasa bertegur. Tak semena-mena muka Nori memerah. "Eh, kau dah kenapa Nori tiba-tiba je muka merah ni?", usik Nana lagi. "Mana ada. Kau ni Nana..ish..jomlah, nanti kena duduk belakang pula. Kau dengan aku ni rabun, tak nampak pula apa yang lecturer tulis nanti", elak Nori. "Haha..pandai ye mengelak. Yalah, jomlah kita. Okey Jat, Jib. Selamat belajar ye", kata Nana sambil berlalu pergi.

Semasa mendapatkan tempat Nawal sempat menyiku Nana dan berbisik, "macam ada sesuatu je si Jib dengan Nori tu kan? Bila jumpa je macam malu-malu. Tadi masa kita nak jalan sempat lagi tu dua-dua menjeling-jeling sambil tersenyum. Ahhh..tiba-tiba rasa macam sweet sangat. Hahaha..", Nawal ketawa kuat. "Oi, gelak tak ajak. Cerita apa yang best sangat tu?" celah Nori bila mendengarkan tawa Nawal yang kuat tadi. Nawal terkejut dan terus terkebil-kebil. "Err..tak ada apa-apa. Eh, aku cerita pasal apa ye tadi Nana? Terus hilang ingatan lepas kau tegur", kalih Nawal. "Haaa..macam tu la kawan", rajuk Nori. "Ala, janganlah merajuk. Macam kau tak tahu si Nawal ni. Dia kan cepat lupa, lagi-lagi bila ditegur masa dia tengah cakap. Eh, mana Hawa? Tak sampai-sampai lagi ni. Kelas dah nak mula ni", Nana cuba mengubah topik. "Entahnya. Tadi dia suruh aku pergi dulu. Kejap lagi dia sampai la tu", jawab Nori dan serentak dengan itu Hawa pun tiba bersama dengan Puan Asliza, pensyarah untuk subjek Pengurusan Rekod. Hawa terus mendapatkan tempatnya di sebelah Nori. "Sorry lambat. Perut buat hal pula, tu yang lambat", jelas Hawa kepada mereka dan disambut dengan anggukan sebagai tanda faham.
                                                                                                                                       

Titt..titt..handphone Nori berbunyi menandakan ada pesanan ringkas untuknya. Lantas handphone dicapainya dan terus tersenyum tatkala melihat nama pengirimnya.

"Hai Nori. Buat apa tu?"

"Hai Jib. Tengah buat nota sikit. Awak kat mana tu?", balas Nori sambil tersenyum, seolah-olah penerimanya berada di depannya sekarang.

"Akak..akak okey ke? Senyum sorang-sorang ni. Seram pula saya", usik Nasuhah teman sebilik Nori. Nori terperanjat dan tidak sedar yang kelakuannya sedang diperhatikan oleh Nasuhah sejak menerima pesanan ringkas tadi. "Err..akak okey. Saja la senyum, kot-kot boleh sampai ke senyuman tu pada penerimanya. Hehehe..", jawab Nori. "Mesti Abg Jib kan?", Nasuhah cuba menduga. "Tahu sangat. Kalau tengok akak senyum sorang-sorang dan nampak teruja tu mesti tengah bersembang dengan Abg Jib", tambah Nasuhah lagi. "Alamak! Ketara sangat ke?", bisik hati Nori. "Pandai-pandai je Nas ni tau. Orang lain la, bukan Abg Jib", Nori cuba menipu. "Eleh..macam saya tak tahu kak. Boleh beza akak punya keterujaan tu bila sembang dengan Abg Jib atau orang lain", ujar Nasuhah lagi. Nori hanya mampu tersengih dan handphone Nori berbunyi lagi.

"Saya kat bilik tapi kejap lagi nak pergi main futsal. Budak-budak floor saya ni ajak main, saja suka-suka. Malam nanti makan kat mana?"

"Ohh..Tak tahu lagi. Belum plan pun lagi dengan diaorang. Mungkin makan kat tempat biasa kut. Kenapa?"

"Tak ada apa-apa, saja tanya. :) Okeylah, saya nak siap-siap. Malam nanti jumpa ya"

"Okey. Main elok-elok. :) "

"Ehem..ehem..bahagianya orang tu. Jealous betul I. Hahaha", usik Nasuhah. Nori hanya tersenyum.
                                                                                                                                       

"Jom makan, laparlah. Nak makan mana ye? Pening betul bila fikir nak makan kat mana", rungut Hawa. "Yang kau ni over nak pening-pening bagai dah kenapa? Macam banyak pula tempat makan kat dalam kampus ni. Ada dua je kut, Café Hostel dengan Café Payung. Pilih je salah satu", bebel Nawal. "Hei, walaupun dua je, itu yang lagi pening tau sebab tak ada pilihan yang lain", jawab Hawa. "Makan kat Payung jela", cadang Nori. Semua bersetuju dan terus melangkah ke Café Payung.

"Ohh, patutlah ajak makan kat sini. Ada Najib rupanya", Nana mengusik Nori. Nori tersipu-sipu malu. "Mana ada, kau ni. Jomlah kita makan kat café sana", Nori pura-pura merajuk. "Okey, okey. Kita makan kat sini. Tak usik dah", Nana angkat tangan tanda berdamai. Nori tersenyum.

"Hoi, makan tak pandang kiri kanan dah!", jerkah Nana. "Uhuk, uhuk. Tersedak aku. Nasib baik aku tak mati tercekik", bebel Ezzat dan disambut dengan tawa yang lain-lain. "Duduklah sekali dengan kami. Boleh sembang-sembang", pelawa Najib. "Err..tak apalah, kami duduk kat meja sana sajalah. Tak ngam nak bercerita nanti", tolak Nawal. "Nak bergosip la tu. Itulah kerja perempuan, bergosip saja", kata Ezzat. "Eleh, macamlah lelaki tak bergosip. Siku nanti baru tahu", Hawa pula menjawab. "Kami pergi sana dululah", Nori meminta diri dan matanya dan Najib bertentangan. Nori cepat-cepat melarikan pandangannya dan terasa pipinya panas. "So sweetttttttt.. Malu-malu pula bila bertentang mata. Hahaha", usik Nana. Najib tersenyum, Nori cepat-cepat jalan ke meja lain kerana malu diusik begitu.
                                                                                                                                       

Nori membelek-belek buku rujukan Pengurusan Maklumat di perpustakaan sambil tergaru-garu kepalanya. Najib yang memerhatikan dari tadi hanya tersenyum dan menghampiri meja Nori.

"Hai, seorang je ke?", tegur Najib. "Eh, Jib. Ya, saya seorang je. Hawa dan Nawal keluar. Nana balik rumah. Biasalah, hujung minggu", jawab Nori sambil tersenyum. "Kenapa tak keluar atau balik rumah juga?", tanya Najib. "Malaslah. Lagipun nak cari maklumat sikit pasal subjek ni. Tak berapa nak faham. Awak faham? Eh, awak kan top scorer subjek ni. Haa, tolonglah ajar saya", pinta Nori. Najib tersenyum. Tiba-tiba Nori rasa pipinya panas. "Alamak, terlebih pula", rungut Nori dalam hatinya. "Boleh, apa salahnya. Apa yang awak tak faham?", soal Najib sambil tersenyum.

Mereka pun belajar bersama tanpa mereka sedari ada mata yang sedang memerhatikan mereka dari tadi dan sedang tersenyum-senyum.

"Berita panas ni. Seronoknya ada bunga-bunga cinta yang sedang memekar ni. Hehehe..", kata Nawal. "Patutlah tak nak keluar dengan kita. Nak belajar dengan Najib rupanya. Diam-diam ya mereka ni rancang macam ni", kata Hawa pula. "Nak kena bagitahu Nana ni, berita panas", ujar Nawal sambil jarinya menekan-nekan punat handphone menaip pesanan untuk dikirimkan kepada Nana. "Okey, send", Nawal tersenyum puas kerana telah menyampaikan berita panas tersebut. Hawa menunjukkan ibu jari tanda sokongan sambil tersengih-sengih. "Eh, ambil la gambar. Bukti tu", cadang Hawa. "Ya tak ya juga", jawab Nawal sambil mencari aplikasi kamera di handphone. "Okey, dah. Jomlah Hawa. Biarkan merpati dua sejoli tu belajar. Hehehe..", kata Nawal dan mereka pun berlalu dari perpustakaan.

"Macam mana, faham tak?", soal Najib. Nori tersengih dan mengangguk. "Fahamlah sikit-sikit. Terima kasih tau awak sebab ajar saya", ujar Nori. "Sama-sama. Sebenarnya saya dah lama perhatikan awak tadi. Tu yang saya datang kat meja awak", Najib berterus-terang dengan Nori. " Awak lalu sebelah saya tadi tapi awak tak perasan saya", sambungnya lagi. "Oh, maaf ya", ujar Nori. Najib tersenyum. "Jom, kita pergi minum nak?", pelawa Najib. Nori mengangguk tanda setuju.
                                                                                                                                       

Majlis makan malam fakulti Pengurusan Maklumat bakal berlangsung malam esok. Semua pelajar sibuk membuat persiapan, baik dari pakaian, solekan, persembahan dan segalanya agar majlis berjalan dengan lancar.

"Wei, korang pakai baju apa?", soal Hawa. "Tema apa ye?," soal Nawal pula. "Kebangsaan kan?," jawab Nana sambil meminta kepastian daripada Nori. Nori mengangguk mengiakan jawapan Nana. "Pakai baju kurung sajalah kalau macam tu", ujar Hawa. "Alamak kau ni. Asal kebangsaan je baju kurung. Pakailah kebaya ke, kebarung ke. Lain la sikit", bebel Nawal. "Habis tu, dah itu aje baju yang aku ada", jawab Hawa. "Eh, bukan kau balik ke minggu lepas untuk ambil baju? Agak-agaklah kalau kau nak tipu kami pun", ujar Nana. Hawa hanya ketawa kerana helahnya tidak menjadi. "Tak sabarnya nak tunggu malam esok", ujar Nawal. "Alah, tahulah kau dapat anugerah dekan. Mestilah tak sabar nak naik atas pentas kan", sindir Hawa. "Kau ni, kalau tak cari pasal dengan aku boleh tak?", Nawal pura-pura marah dan Hawa terus memujuk, "Alalala bucuk acam ni. Jangan la merajuk", dan serentak dengan itu mereka ketawa bersama.

Mana mungkin mereka akan bergaduh sesama mereka kerana sejak dari semester pertama lagi mereka telah menjadi rapat sehingga kini. Adatlah jika ada yang merajuk tetapi tidak berpanjangan. Bagi mereka, jika tiada seorang, tidak seimbanglah persahabatan mereka. Apa sahaja yang orang lain katakan tentang mereka, dipekakkan sahaja telinga.
                                                                                                                                       

"Amboi, amboi, amboi. Baju sama warna nampak. Janji ke?", usik Nana dan serentak dengan itu Nori dan Najib lihat baju masing-masing dan memandang sesama mereka. "Eh, tak adalah. Kebetulan", jawab Nori dan Najib mengangguk tanda setuju. Nana, Nawal dan Hawa tersenyum nakal. "Betullah", sambung Nori lagi bila melihatkan mereka tersenyum simpul penuh makna. "Alah, kalau janji pun apa salahnya? Kami lagi suka. Secocok sangat", ujar Nawal. "Nasib baiklah majlis kita ni tak ada pencalonan untuk King and Queen of the Night. Kalau ada, mesti calonkan korang dan harap sangat korang menang", kata Hawa sambil tersenyum-senyum. Nori mencubit lengan Hawa dan Hawa pun terjerit kecil sambil mengusap lengannya. Najib hanya tersenyum dan berkata, "Itulah, rugikan tak ada. Kalau ada, mesti kami menang." Matanya memandang ke arah Nori dan yang lain-lain terdiam, terkejut dengan kenyataan Najib tadi. Nori juga terkejut dan terus menunduk malu.

"Oi Najib! Dari tadi aku cari kau, dekat sini rupanya kau ye", bebel Ezzat yang tiba-tiba datang dari entah mana. "Jomlah duduk sana, aku dah reserve tempat untuk kau. Eh, korang duduk mana? Dah ada tempat ke?", sambungnya lagi. "Err..belum lagi. Baru nak pergi cari meja kosong ni", jawab Nori. "Tak apalah, kami pergi dulu ya", Nori meminta diri dan cepat-cepat menarik tangan Hawa. Dalam hatinya berasa lega kerana Ezzat yang tiba-tiba muncul itu bagaikan penyelamat keadaan kerana situasi yang agak mengejutkan tadi. Tapi dalam diam dia mengukir senyum bila teringatkan kata-kata Najib tadi. "Kau buat aku cairlah, Najib!", jerit Nori dalam hatinya.

Setelah mereka mendapatkan meja, mereka terus menjamu selera sambil menikmati persembahan daripada pelajar-pelajar setiap semester dari fakulti dan diselang-selikan dengan penyampaian sijil anugerah dekan.

Sebelum majlis berakhir, ada yang merakamkan gambar dengan pelbagai aksi. Nori, Nana, Nawal dan Hawa juga tidak ketinggalan mengambil gambar sebagai kenangan kerana inilah semester terakhir untuk mereka bersama. Jika ada rezeki untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, mungkin berbeza aliran kerana masing-masing ada minat sendiri dalam bidang pengurusan maklumat ini.

"Eh, Nori. Kau tak nak ke ambil gambar dengan Najib?", soal Nana. Nori terkedu, tidak tahu apa reaksi yang mahu diberikan. "Mestilah nak, tapi aku malu", jawabnya dalam hati. "Najib, cepatlah ambil gambar dengan Nori. Cepat, cepat, dekat sini. Nori, sinilah", panggil Nana. Najib dan Nori hanya menurut. "Rapatlah sikit, malu-malu pula. Haa..kan sweet macam tu", ujar Nana. Bagaikan ada getaran di dada Nori saat Najib merapatkan badannya ke arah Nori. Dia terasa bagaikan ada ketenangan saat itu. "Okey, dah. Hai, sepadan sangat. Bila korang nak declare ni?", soal Nana. "Declare apa?", soal Najib semula buat-buat tidak faham. "Korang ni couple of the year", jawab Nawal bagi pihak Nana. "Eh, korang ni. Apa ni tanya-tanya macam tu?", rungut Nori. "Betullah. Najib, kalau suka kata suka. Nanti melepas menyesal tak guna", kata Hawa pula. Najib hanya tersenyum.
                                                                                                                                       

Nori termenung. Zarin baru meluahkan perasaannya kepadanya. Hatinya berat untuk menerima Zarin kerana hatinya lebih kepada Najib. Tetapi Najib sudah mula jarang menghubunginya lagi, apatah meluahkan perasaannya kepada Nori. Dia rindukan Najib walaupun selalu bertemu di kelas. Dia menanti-nantikan luahan perasaan Najib. Dia rindukan pesanan ringkas Najib yang mengambil berat akan halnya. Ke mana menghilangnya Najib yang dulu? Nori mengeluh.

"Hai kak. Berat benar bunyi keluhannya tu. Akak ada masalah ke?", tegur Nasuhah. Nori terkejut kerana ditegur begitu. "Eh, tak adalah", jawab Nori. "Kak, kalau tak ada takkanlah Nas tegur, kak. Macam berat sangat masalah akak tu. Ceritalah pada Nas, mungkin Nas boleh tolong ke. Kurang-kurang, tak adalah akak rasa terbeban sangat", pujuk Nasuhah. Nori mengeluh lagi sebelum menjawab, "Entahlah dik. Akak pun tak tahu apa masalahnya. Najib dah jarang contact akak lepas dinner hari tu. Kat kelas pun macam orang asing. Akak rasa janggal sangat", tanpa disedari air mata Nori turut mengalir. "Sabarlah, kak. Mungkin dia sibuk", pujuk Nasuhah lagi. Nori terus mengesat air matanya dan menjawab, "Entahlah, dik. Walaupun dia tak pernah luahkan perasaan dia pada akak..lebih tepat lagi akak pun sebenarnya tak tahu dia ada ke tak ada perasaan pada akak..tapi akak sayang kat dia. Dia baik sangat pada akak. Dia ambil berat pasal akak. Tapi sekarang...", Nori tidak menghabiskan ayatnya, hanya juraian air mata yang terus mengalir di pipinya.

"Sekarang ni Zarin dah luahkan perasaan dia pada akak. Akak tak tahu apa yang patut akak buat. Nak tunggu Najib, tak tahu dia ada perasaan ke tak pada akak. Nak terima Zarin, takut nanti tiba-tiba Najib luahkan perasaan pula", ujar Nori. "Erm..rumit juga tu. Apalah masalah abang Najib ni? Kawan-kawan akak tahu ke?", soal Nasuhah bagaikan pegawai polis. Nori hanya mengangguk. "Habis tu, mereka cakap apa?", soal Nasuhah lagi. "Mereka pun pelik kenapa tiba-tiba Najib macam tu. Bila mereka usik-usik Najib, Najib diam je", jawab Nori. "Sabar sajalah, kak", ujar Nasuhah.
                                                                                                                                       

Handphone Nori berbunyi menandakan pesanan ringkas masuk. Terus dicapainya dan melihat nama pengirim. Bagai ingin gugur jantungnya melihatkan nama pengirim. Bergenang air matanya.

"Assalam Nori. Apa khabar? Maaf sebab saya dah lama tak hubungi awak. Bukan saya tak nak hubungi awak tapi saya perlukan masa untuk mencari kekuatan dan masa yang sesuai untuk bagitahu pada awak. Sebenarnya saya suka pada awak".

Air matanya jatuh. "Kenapa baru sekarang awak nak bagitahu saya? Kenapa bukan dari sebelum ni lagi?", rintih Nori di dalam hatinya. Dengan rasa berat hati, dia menjawab pesanan tersebut.

"Najib, dah lama saya tunggu tapi kenapa sekarang baru awak bagitahu saya? Saya tunggu sampai saya rasa macam saya saja yang sukakan awak tapi awak tidak. Awak pun tiba-tiba dingin dengan saya, macam nak mengelak dari saya. Sebulan lebih awak menyepikan diri dari saya. Maaf, saya sudah ada yang punya. Dia lebih dulu meluahkan perasaan dia pada saya walaupun saya berat hati untuk menerima dia kerana masih menunggu awak. Maafkan saya, Najib".

Berderaian air matanya tatkala dia menaip ayat-ayat itu. Benar, hatinya hancur luluh. "Najib, maafkan saya. Mungkin juga salah saya kerana terlalu cepat menerima Zarin. Saya sayangkan awak tapi mungkin bukan jodoh kita. Awak bukan untuk saya", rintihnya di dalam hati.

Wednesday, 14 January 2015

cerita pasal masak

12:33 pm 0 Comments
dulu sebelum kawen..seriously memang xsuka memasak n memang malas nk masak..hahah..alasan xpandai masak sbb masa kecik dlu nenek n makcik xbg tolong kt dpur..pastu bila dh msuk sekolah menengah, duduk kt asrama pulak..err..boleh terima x alasan2 tu?boleh la..boleh la..ek??heheh..

masa skool dlu amek ERT..masa kelas memasak terkial2 la..dpt pulak geng yg sama xbrp nk mahir sgt bab memasak ni..bila ingt blk..mcm kelakar pulak..huhu..masa bg cikgu mkn, terdengar cikgu ckp "tawar je, mcm xde garam"..hahah..bru masing2 teringat lupa nk letak garam..kekekeke..maafkn kami, cikgu!tp nsib baik masa masak laksa klu xsilap, cikgu ckp sedap..kembang kempis jap lubang idong..kekekeke..pastu dh..xde masak lg dh..klu masak pun, goreng telur, masak maggi, masak nasi, masak air..tu je..hahahahahahahaha.. ;p

bila umur mkin meningkat, ada gak terfikir..cmne nk kawen ni klu masak pun xpndai?xkn hari2 nk mkn kt kedai je?tgh berdua boleh la..klu dh ada anak2..family atau family in law dtg ke..hahah..masa tu mula la bljr sket2..tp sgt2 jarang memasak..tahap kesedaran tu kejap je..sobs sobs..

pengalaman masak..tipu la klu nk kata masak xpenahnya xjd..mst ada yg xjd..ingt lg..masa tu nk buat tempe goreng cili..tp xjd..hahah..trus buang..pdhal benda simple je kn?punnnnnnn boleh xjd..kuikuikui..

bila dh kawen, bru la bljr masak dgn seriusnya (hover!)..tp kn, penah la dgr org ckp..bila dh kawen automatic pndai masak..ye ke?leh percaya ke?heheh..slalunya klu nk masak, suka refer kt ibu..tny apa bahan2, cmne nk buat..yela, masakan ibu kn plg terbaik di dunia..owhh..trus kecur air liur teringat masakan ibu.. (T.T)  selain refer kt ibu, cik google pun boleh..rasa mcm nk masak tu, bukak google search taip resipi bla bla bla..mcm2 ada! ;p xpun, tny kwn2 yg pndai masak..smbil nk masak pun boleh berwhatsapp tny cmne..hahah..itu la hebatnya wanita..multitasking.. *angkat kening sebelah*

bila dh lama2, slalu masak..trus rasa mcm "eh, suka la masak"..hahah..ada je menu nk buat..itu la, ini la..gigih btul..huhu..smpi la rasa mcm nk meniaga makanan..konfiden lebih ni mcm hebat nau memasak..hahaha..tp mana tahu kn..suatu hari nnt impian tu jd kenyataan? :) mudah2an termakbul la impian tu suatu hari nnt..aamiin..

Tuesday, 6 January 2015

angan2..

4:34 pm 0 Comments
skrg ni tgh berangan2 nk tulis cerpen..topik dh ada tp pengisian xde..acano??xpela, tgu masa yg sesuai..tgu bila sel2 otak dh berhubung bru buat..klu paksa nnt ntah apa2 jdnya nnt..

ok, tu je entri kali ni..

*eh, pendeknya!hantam sajalah labu..(err..apa kaitan dgn labu ni??)*

Monday, 5 January 2015

Corat coret 2013..

1:50 pm 0 Comments
ecehhh..tajuk..over tau..hik hik hik..

ringkasan jela..sepnjg taon 2013 ni..mcm2 jd..dr awal taon lg dh diduga..dh la bru pas kawen..huhu..kisahnya bila resign dr ccsc, xde keje..then Datin Tini (owner tempat nikah) offer iols utk tlg dia uruskn persatuan dia..smbil2 tu dia bg amek brg dia utk berniaga..ok la tu..sempat jugak la meniaga smpi ke Langkawi sbb join Kraf..merata-rata sbnrnya dh pegi sbb guna nama Datin Tini..

then bulan 5 dpt keje kt bangsar south..syarikat baru..keje skali dgn encik asben sbb dia pun xde keje..agak tunggang langgang jugak la sbb syarikat baru kn..byk yg belum settle tp syarikat dh jln..perancangan pun msih xteratur, berubah2..keje kt sini seronok sbnrnya..bos pun baik..byk tlg kami..yg best pasal dia..wlupun dia Cina tp dia suka mkn masakan Melayu..klu dia blnja mkn, dia suka pegi kedai mkn Melayu n dia lg expert kedai masakan Melayu mana yg sedap klu nk dibandingkn dgn kami.. -.-'

puasa taon ni puasa pertama sbg suami isteri.. ^.^ kne bgn pg siapkn sahur..blk keje singgah memana beli mknn buka puasa kt kedai..kdg2 beli n mkn kt umah..kdg2 masak..

dlm sibuk nk smbut raya, dok kalut gak siapkn keperluan utk majlis sanding..heheh..dh nikah 8 bln bru nk sanding..rumah mmg pnuh la dgn brg2..goodies bag la, brg hantaran la, itu la, ini la..dan Alhamdulillah, 10/08/2013 majlis bersanding berjalan dgn lancar..semua adik-beradik ayah dan ibu dtg..dan keluarga arwah ibu pun dtg sama..tq pd Bashah sbb dia tlg jemput mereka dtg..nk contact mereka mmg xde no..nsib la jmpa Bashah ni kt FB..owh..Bashah ni kira 2 pupu iols..kwn2 sekolah pun ada yg dtg..tq korg.. =)

lepas dh settle majlis kt Tapah, blk Durian Tunggal pulak utk majlis sanding kt sini..kt sini pun siapkn goodies bag, itu, ini..mmg penuh la rumah dgn brg2..mlm 16/08/2013 berarak pkai sanggul lintang..mak aii..berat baq ang benda yg letak kt kepala tu..huhu..tu pun nsib la letak aje benda tu..klu kne letak batang pisang skali, mahu pengsan gamaknya..lol!meriah dgn kompang n bunga api..esknya majlis sanding pulak..abes majlis g photoshoot kt empangan..mlm kne cuci periuk belanga..huhu..pastu bukak hadiah..tq pd semua yg bg hadiah.. =)

itu jela peristiwa yg ingt..peristiwa2 yg pahit xyah la share ye..itu biar la iols pendam sorg2..xtahu la balance ke x antara manis n pahit utk taon 2013 tu..huhu..tp lumrah hidup la kn..bkn hidup la namanya klu sepjng masa hnya manis je..betoi ke idokkkkkkk?? :p

Happy New Year 2015!!!

10:47 am 0 Comments
Assalam semua..selamat sejahtera..heheh..lama gilos x update blog..kuikui..last tulis entri new year 2013..skrg dh msuk new year 2015..lol!!mcm bz bebeno..byk ni nk kne cite..dr taon 2013 smpi skrg..uiii..7 hari 7 mlm x abes nk taip sume skali ni..huhu..apa yg nk di'story-mory the morning glory'kn pun xtahu sbb byk bebeno citenye..tgk le..klu ada kesempatan nnt iols update hokeyy..hopefully x la 2 taon yg akn dtg bru nk update lg entri dgn ucapan yg sama "happy new year 20__!" pulak..hahah..

ok la..itu je utk intro pembukaan 2015..hrp2 akn ada entri yg berikutnya..ngeh ngeh.. :p