Friday, 20 October 2017

SEKARANG BARU RASA MACAM PANTANG DENGAN PB

12:10 pm 0 Comments
Ingat tak pasal entri Bengkung Dulu vs Bengkung Moden (PB) sebelum ni? haaa..kalau belum baca lagi boleh klik kat link tu ye untuk baca..

Kali ni Kakda nak cerita testimoni seorang pengguna PB ni..alkisahnya lepas bersalin tu tak pantang betul-betul..pakai bengkung pun ikut dan je..kena jaga anak dan mak lagi..suami pun jauh..semua buat sendiri..bila dah pantang pun ikut dan je..mula la rasa peranakan tu cam jatuh..sampai nak menggeliat pun takut..

Bila sarung je PB untuk berpantang.."SEKARANG BARU RASA MACAM PANTANG" katanya..haaa..tu tandanya memang best bila sarung PB ni masa dalam pantang..nak mandikan anak pun dah tak takut lagi..



Tak salah kalau nak bayar bidan 5k untuk 45 hari tu..tapi pada Kakda lebih baik 5k tu labur untuk PB..boleh pakai lama..bukan takat masa berpantang je..5k tu silap-silap boleh dapat 2 set tau! Kalau rosak atau koyak, siap boleh repair lagi FOC..harga dah premium, kualiti dan servis pun kena la premium jugak kan..barulah puas hati walaupun orang kata mahal 😊

Love,
Kakda

Thursday, 19 October 2017

Fazura - Duta SHOM

2:13 pm 0 Comments

Sape tak kenal Fazura @ Yang Paling Manis (YPM) ni kan?? Kalau nak tahu, YPM sekarang dah jadi Duta kepada SHOM tau..wahhh..kalau artis pun dah mula pakai barangan SHOM, kita yang biasa-biasa ni bila lagi? Heheh..

Confirm lagi #cantikmelentik YPM kita ni bila sarung PB..awwwww..semoga YPM akan terus cantik dan kekal manis dengan produk-produk SHOM 💖

Love,
Kakda

Bengkung Dulu vs Bengkung Moden (PB)

12:03 pm 0 Comments
Dulu-dulu lepas bersalin, mak-mak mesti berpantang dan berbengkung..antara tujuan berbengkung :
  • Buang angin dalam badan
  • Mengempiskan perut dan memulihkan keadaan kulit perut seperti kesan regangan (stretchmarks)
  • Mengembalikan kedudukan peranakan / mengelakkan rahim jatuh
  • Mempercepatkan pengeluaran darah kotor
  • Elakkan angin masuk dalam badan
  • Kecutkan rahim
  • Elakkan masalah buncit dan gelebeh 😛
  • Kurangkan berat badan 
  • Kurangkan rasa sakit pada perut
  • Mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa hamil
  • Melindungi organ dalaman dan membolehkannya mengecut dengan cepat serta kembali ke kedudukan asal
  • Memecahkan lemak dan selulit
  • Menggalakan postur badan yang baik dan membantu proses penyusuan
  • Mencegah daripada makan berlebihan 🙊
Bengkung versi lama
Bengkung dulu-dulu macam susah je nak pakai kan? kena lilit-lilit..kena ada orang tolong pakaikan..kalau nak ke tandas pun kena buka, pastu pakai balik..agaknya sebab tu sekarang ni ramai yang dah tak berbengkung sebab leceh..nak upah bidan pun sekarang ni dah mahal..huhu..

Mak-mak moden sekarang mungkin tak kisah pasal ni lagi tapi takut kesannya bila dah berumur nanti jela kan..masa masih muda la kita kena jaga badan kita ni..sekarang ni tak payah pening-pening dah, pakai je bengkung moden..macam-macam keluaran ada tapi yang terbaik tentulah PB! 

Kenapa PB terbaik? Selain dari tujuan di atas, PB juga dapat membantu :
  •  Segarkan badan yang lesu dan letih
  • Mengeluarkan darah nifas yang beku dan berketul-ketul dengan lancar macam baru lepas bertungku
  • Menghangatkan badan dan tidak perlu menggunakan param, tapel dan pilis lagi
  • Melancarkan proses pembuangan
  • Meningkatkan kuantiti dan pengaliran susu badan.
  • Menaikkan metabolisma badan dan dapat membantu penurunan berat badan dengan cepat
  • Membentuk semula aset
  • Sangat sesuai untuk wanita yang bersalin ceasarian sebab mereka tak boleh bertungku
Long Bra
Long bra PB sangat memudahkan ibu-ibu yang menyusu..hanya perlu tarik tali bra dan turunkan bra

Waist Nipper
Waist nipper PB akan mengunci lemak di tempatnya dan menyokong tulang belakang kita untuk memberi keselesaan semasa menyusu

Long Girdle
Long girdle PB membantu membentuk semula punggung dan menolak lemak ke tempat yang sepatutnya

Sangat-sangat berbaloi untuk setiap wanita memiliki PB ni sebab PB ni LIFE TIME WARRANTY..jadi kalau rosak ke, koyak ke, kita boleh repair FOC ( baca : FREE OF CHARGE!).. best gila kan?? PB ni pun boleh pakai berterusan, bukan hanya semasa berpantang je..pemakaian yang konsisten setiap hari selama 8 jam sekurang-kurangnya pasti akan memberikan hasil yang sangat WOW untuk tubuh badan kita..

Free consultation, free fitting..feel free to Whatsapp 019-4888972 😊

Love,
Kakda

Thursday, 27 July 2017

#CantikMelentik Premium Beautiful

12:23 pm 0 Comments
#CantikMelentik? woaaa..hashtag apa tu? Let's baca ⇓

Actually hashtag ni femes untuk korset Premium Beautiful.. Ramai orang fikir korset ni semua sama je, yang beza pada harga..sebenarnya SALAH tu..PB ni special dari yang lain tau sebabnya PB ni dibuat untuk 70% KESIHATAN, 30% KECANTIKAN

Hah, 70% kesihatan?! yup, yup!! PB ni bagus untuk :

  • Nak kurus
  • Sakit belakang
  • Slip disc
  • Berpantang
  • Cegah kanser
  • Fibroid dan cyst
  • Migrain
  • Gastrik
  • Ikhtiar hamil
  • Senggugut
  • Buasir
  • Sakit badan / urat

Sebenarnya kurus tu bonus tau..yang penting sebenarnya adalah kesihatan rahim dan dalaman kita..maklumlah, wanita ni ibarat superwoman..semua kerja dia boleh buat..kat tempat kerja, buat kerja hakiki..balik rumah, mana nak kemas rumah lagi, masak, jaga anak..fuhhh..kadang tu takde masa pun untuk "Me Time"..betui dak?

Jadi kalau nak "Me Time" dengan cara mudah, sarung je PB ni sebab bila sarung PB je pun dah ibarat pegi sauna..heheh..buat apa kerja pun rasa selesa dan takde sakit-sakit badan lagi

Yang lagi best pasal PB ni..LIFE TIME WARRANTY..kalau rosak ke, koyak ke, boleh repair FOC..kalau korset lain belum tentu lagi boleh dapat jaminan cam gini..silap-silap ke tong sampah la jawabnya..hihihi

Boleh klik link ni untuk pertanyaan lanjut pasal PB ni http://irdaaziz.wasap.my

Love,
Kakda



New update!

11:49 am 0 Comments
Assalammualaikum..selamat sejahtera 😊

Wahh..lama betul tak update blog..last update bulan 12 2016..la ni dah nak habis bulan 7 2017 pun..baru nak update balik..huhuhu..tapi kali ni nak update lain dari yang lain pulak..nak share pasal kebaikan terutamanya untuk kaum WANITA 👩..so stay tune yaaa

Thursday, 8 December 2016

Ehh..laaaa..dah Disember ke??

1:45 pm 0 Comments
Hahah..tajuk post ni memang betul2 terkejut tau..tengok la last update blog ni bila..sekarang dah masuk Disember pun..lama betul tak update blog ni..huhu..

Sebenarnya ada je masa nak update tapi entah le..tak tahu nak ngarut apa agaknya..tu yang dipandang sepi aje blog ni..

 Ok la..sampai sini je dulu..ada idea nak ngarut nanti iols update la ye..huhu..

Tatatititutu..

Friday, 11 March 2016

Ola & Oli...si hedgehog yang comel!

2:14 pm 0 Comments
Holla..ni la Ola dan Oli saya..comel kan? <3 masa mula2 bela tu, saya give up jugak sebab takut nak pegang..tapi lama2 cuba beranikan diri n yesssss!!! dah berani nak pegang..kena pandai camane nak pegang dorang ni..saya selalu sauk dari bawah badan dorang..ada sesetengah orang pegang dari tepi..ikut cara masing2..yang Ola tu ok, tak ada la garang pun..si Oli tu je yang suka nak menggigit..hahah..marah agaknya sebab selalu kacau dia tido n bagi dia mandi aritu..sejak lepas dari mandi tu, saya dah tak boleh nak pegang dia lagi..asal saya nak pegang je, dia tajamkan durinya..pastu bergulung..memang tak dapat la saya nak pegang atau angkat..so sekarang ni kalau nak angkat si Oli ni, terpaksa la guna kotak sebabnya dia memang suka duduk dalam kotak tu..si Ola jela yang saya mampu pegang..huhu..owh, kalau nak tahu, Ola ni betina dan Oli jantan..kelakar kan bila yang jantan ni lagi pemalu dan penakut dari yang betina??hikhikhik..


Hai..saya Oli !

Sedapnya tido... zzzz

nak tido la mami..jangan la amek gambar kami..sighhh..

comelkan cara tido Oli ni? :)

yang ni cara tido Ola.. :)
Makanan dorang senang je..bagi je makanan kucing..aritu ada beli superworm tapi dorang nak makan yang hidup punya je..kalau yang dah diawet tu, habis dicampaknya keluar dari bekas makanan tu..pastu mami la pulak yang geli nak kemas tempat dorang bila nampak ulat tu..ayooo..pernah gak bagi makan telur rebus, dorang memang suka tapi bila berak..aduyaii..bau tak menahan..kehkeh..bagi ayam rebus pun dorang suka..brokoli rebus..tapi bila bagi lobak, eksen tak nak makan..cehh..pernah sekali tu bagi makan epal..sekali lepas dorang makan, dah macam kena sawan pulak..tetiba dorang macam regangkan badan, mulut berbuih2, pastu jilat2 duri dorang..masa tu dah risau dah..cepat2 keluarkan epal tu..then tanya la dalam group kat FB..dorang cakap itu normal bila dorang makan makanan baru..fuhhh, lega! tapi walaupun dorang kata ok, saya tetap tak berani nak bagi epal lagi..dorang ada cakap gak, ikan boleh bagi jugak tapi nanti bila berak, baunya lagi busuk dari bagi makan telur rebus..hahah..so, saya memang avoid la dari bagi makan ikan..makanan selain makanan kucing tu tak dela bagi setiap hari..selang seminggu ke, selang 3,4 hari ke..terpulang kat mami la bila mami nak bagi..heheh..

ok, sekian untuk kali ni..tata..